Pulau Perhentian Mesti Lawat - April 2018
Salam, Pada bulan april 2018, kami berkesempatan untuk melawat Pulau Perhentian, Besut, Kuala Terengganu. Aktiviti yang kami sempat buat dalam masa 2 hari satu malam di Pulau Perhentian (Kecil) ialah Snorkeling Hiking ke Kincir Angin Kami tidak berkesempatan untuk mengikuti fire show, sebab event start lambat dan kami perlu bergegas pulang berjalan kaki dari Long Beach ke Ombak Resort. Lagipun tak beberapa gemar melihat bar2 yang berdekatan dengan fire show tu. Disebabkan ini first time kami pergi Pulau Perhentian, maka kami ambil pakej Flexi (boat ulang alik + snorkeling) berharga RM145 untuk memudahkan perancangan. Pakej yang ditawarkan di atas bukan lah murah sangat. kalau lucky boleh dapat yang lebih murah. Or just walk in. Kalau research kat FB Malaysian backpacker ada orang pernah post pakej yang lebih murah tapi saya tak berani nak promote, sebab takut klu pakej tu bermasalah ke apa ke... Jadi saya cerita pakej yang kami ambil ni jelah. Maka sepe...