Makanan Halal di Sarajevo
Salam semua, Walaupun banyak orang Islam di Sarajevo, kita still kena berhati-hati sebab komuniti di sini terdiri daripada orang Islam dan Kristian. Cuba semak makanan yang ingin dibeli terlebih dahulu. Sepanjang kami berada di sini, kami sempat mencuba makanan tradisi dan popular di Sarajevo. Burek Semasa kami menunggu bilik kami siap sedia di Pigeon Square Hostel , kami mencari makanan yang dicadangkan oleh empunya hostel. Salah satunya adalah burek di kedai Buregdzinica Bosna, dekat je dalam Old Town Sarajevo tu. Dia macam daging dalam pasteri/ atau pie daging dan disajikan dengan sos yogurt. Rasa dia sedap, kedai ini banyak orang ya, sentiasa ada orang datang untuk makan. Jadi lepas makan tu cepat-cepat beredar. Bagusnya dia kira pakai timbang kilo. Berdasarkan berat itu kita bayar harganya. Kalau nak kata macam murtabak kurang tepat. Sebab dia guna kulit pastri untuk balut daging cincang dan rempah-rempah di dalamnya. Bagi yang tidak gemar akan yogurt, boleh minta ku...