Galata Tower, Istanbul, Turki
Sejarah Galata Tower Ia merupakan satu menara yang didirikan mengunakan batu zaman pertengahan di Galata/Karatoy (nama komersial sekarang). Melalui menara ini kita boleh melihat panaromic view bandar Istanbul. Galata Tower. Kredit kepada Carlos Delgado / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0) Menara ini mempunyai ketinggian 66.9m, 9 tingkat. Dibina pada tahun 1348 di zaman pemerintahan Rom dan mempunyai stail seni binaan Rom. Dahulunya menara ini dibina untuk keperluan pertahanan ketenteraan. Memerhati sebarang isu/serangan di pelabuhan. Semasa pemerintahan Uthmaniyah, menara ini masih mempunyai fungsi yang sama dan tambahan untuk memerhati sekiranya terdapat sebarang isu kebakaran di Istanbul. Dikatakan seorang rakyat di zaman Uthmaniyyah pernah terbang dari menara ini hingga ke daerah Uskudar menggunakan kepak rekaannya. Sekarang dah ada lif & restoran Kalau nak lihat pandangan dari Galata Tower ini, kita boleh naik ke atas, atau kalau na...