Budapest City Park
Salam Semua! Budapest City Park Hari ini kita nak bercerita tentang Budapest City Park, di sini terdapat beberapa tempat menarik bersejarah yang boleh kita lawat semasa berada di Budapest! Kawasan taman ini dahulunya merupakan paya besar. Ia juga merupakan satu kawasan yang pernah menjadi tempat orang memburu! Akhirnya taman ini kemudian dibangunkan dengan penanaman pokok-pokok. Paya kemudiannya dikeringkan dan tanahnya kemudian bertukar menjadi sebuah taman sytle English pada abad 18-19 bila Mahajaranya mengarahkan untuk membina Taman Negara untuk rakyatnya berehat dan berhibur. Tempat menarik dalam kawasan Budapest City Park Vajdahunyad Castle Dalam taman ini menuju kebahagian hujung terletaknya Istana Vajdahunyad. Ia dibina pada tahun 1896 sebagai sebahagian daripada Pameran Milenium yang merayakan 1,000 tahun Hungary sejak Penaklukan Hungaria di Lembangan Carpathian pada tahun 895. Istana ini direka oleh Ignác Alpár untuk menampilkan salinan beberapa ba...