Sarajevo International Airport
Salam semua, Setelah 2 hari 1 malam di Sarajevo, kami kemudian bergegas ke Sarajevo International Aiport untuk berangkat ke Istanbul! Naik Teksi ke Sarajevo International Airport Kami asalnya ingin berangkat menggunakan bas, namun kami tidak mendapati bas dari Old Town ke airport, mungkin kami menunggu di perhentian yang salah atau frekuensi bas tidak terlalu banyak. Akhirnya, kami mengambil teksi untuk ke airport dengan harga 10 Euro / RM45.21. Walaupun jarak ke airport sangat dekat sebenarnya iaitu 10 kilometre tapi kami ambil jugalah tak nak terlepas penerbangan nanti! Teksi di Sarajevo. Kredit kepada Sarajevo.travel Tunggu dekat sini seberang Sarajevo City Hall. Ada gerai kat belakang ni. Bas tak muncul-muncul. Salah ke? Relax di Restoran dan Bar Hah. Jangan terkejut pula kalau ada bar dekat sini ya. Terkejut juga sis. Walaupun di Bosnia ini 80% daripadanya adalah orang Islam tapi masih ada bar di sini. Kami order air coke / kopi tak silap sambil ber...