Rezeki dapat bilik besar di Maverick Lodges, Budapest, Hungary
Salam Semua! Selepas penat menaiki bas selama 2 Jam 45 Min , kami pun bergegas ke hostel yang telah pun kami tempah untuk membersihkan badan dan berehat. Asalnya dikejutkan bahawa bilik yang kami tempah (ruangan dorm) telah pun dihuni oleh orang lain. Sistem di Agoda nampaknya tidak updated. jadi apa yang kami tempah sudahlah tiada. Ruangan tamu menunggu ada disediakan air tapi rasa dia pelik sedikit. Kaunter yang ceria dan penuh dengan buku Pihak Maverick menjanjikan kami satu bilik yang mahal disebabkan bilik asal yang ditempah sudah tiada. Alhamdulillah bersyukur..Namun bilik untuk esoknya kami kena cari di tempat lain. Memang lah kejam kan tapi bila fikir balik dia bagi bilik satu malam tu pun dah ok. Alhamdulillah dapat bilik besar beserta bilik air personal. Saya tidur di bahagian atas. Kalau ikutkan yang kami tempah hanyalah dorm biasa~ Tak sangka nak jadi cerita kan~ Untuk esok kami dipulangkan duit yang kami telah bayar secara online. Bahagian...