Review Turkish Airline
Salam semua, Dalam mencari perkhidmatan penerbangan yang bersesuaian bagi kami untuk terbang ke Istanbul, Turki dari Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina, terjumpa lah Turkish Airline, yang boleh memberi harga RM500 sehala. Nak kata murah, tak murah pun...Tapi sebab kami tiada pilihan yang banyak maka kami pun membuat keputusan untuk mengunakkan Turkish Airline. Gambar Internet Airbus A321-231. Kredit kepada Christian Jilg, Planespotters.net Tempahan mudah melalui online Turkish Airline Ticketing System Selepas melihat perbandingan harga di Google Flight setelah memerhati selama berminggu-minggu, kami buat keputusan untuk membeli tiket Turkish Airline. 30 kg Check in Bag Yelah dengan harga tadi dapat lah 30kg free check in luggage. Memang siapa yang membeli di Bosnia boleh bawak barang ke Turki hahah. Kebanyakkan barang di Bosnia boleh beli di Turki juga. Untuk cabin baggage hanya 8kg. Check in time Disebabkan kami mengambil penerbangan dari Sarajevo Inte...