Itinerary 3 hari 2 malam di Istanbul, Turki
Mesti lawat Istanbul, Turki! Bendera Turki. Kredit kepada Isa KARAKUS dari Pixabay Satu kota dahulunya dibawah kekuasaan empayar Byzantine kemudian satu sejarah dilakarkan pada tahun 1453 di mana seorang Sultan dari empayar Turki Uthmaniyah telah berjaya menaluki kota ini hanya pada umur 22 tahun, iaitu Sultan Muhammad Al Fatih. Ini meninggalkan banyak kesan kepada kota dan negara ini. Masih kelihatan tinggalan sejarah hebat dari zaman Greek dan juga Rome. Pembawaan budaya Turki kedalam kota ini juga memperlihatkan kekuatan dan hasil pentadbiran kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Sekiranya anda pencinta sejarah, Turki adalah satu negara yang mesti anda lawati!. Lebih kan sedikit peruntukkan untuk pergi ke tempat-tempat tinggalan sejarah sambil itu ambil sedikit masa untuk menghayati sejarah itu sendiri~ Tempat menarik untuk dilawati di Istanbul (Klik pautan untuk maklumat lanjut) Masjid Biru / Blue Mosque Haga Sophia Galata Tower Grand Bazaar ...