Sejarah Tentang Grand Bazaar Istanbul, Turki
Ia merupakan satu pasar besar tertutup / berbumbung dan tua di dalam dunia, kawasannya seluas 30700 meter persegi meliputi 60 jalan, lorong dan 4000 kedai! Sejak dari abad ke-17, pasar ini telah pun mempunyai 4000 kedai.
|
macam macam ada, barang kemas, perhiasan, baju, dompet, carpet, lampu, tempat tukar duit, kaca mata, kacang, kurma, herba, teh, makanan, tudung, kasut dan pelbagai lagi. |
Kalau kita lihat di pintu masuk Nuruosmaniye dapat lihat bahawa pasar ini disiapkan pada tahun 1461. Dapat nampak jata negara zaman Khalifah Uthmaniyyah, subhanAllah. Hebatkan! Masih gah berdiri sehingga sekarang (ada renovasi sepanjang tahun bila ada musibah seperti gempa bumi)
Kalau dalam bahasa Turki Grand Bazaar ini dikenali sebagai
Kapalı Çarşı yang bermaksud Pasar Tertutup / Berbumbung dan juga
Büyük Çarşı yang bermaksud yang bermaksud Pasar Besar.
Menariknya ada yang mengatakan bahawa Grand Bazaar ini merupakan Shopping Mall pertama di dunia dengan concept pasar tertutup ini :D
Barang apa yang boleh dibeli?
- Lampu Turki yang cantik ini, kalau beli dekat Malaysia harga sangat-sangat mahal dalam rm1000, dekat sini boleh dapat rm300. Ini kawan saya beli untuk mak dia. Harga dekat bazaar ini pun banyak yang dah dinaikkan jadi kena pandai tawar menawar.
|
kena tawar menawar ya |
- Kurma, pistachio, kekacang, buah tin, coklat gula-gula, teh, madu, herba
|
saya suka sangat pistachio salut white chocolate! |
- Sarung bantal, sarung kerusi, karpet
|
memang cantik-cantik kena tahu ukuran huhuhu |
- Barang-barang perhiasan. tapi kalau gelang-gelang murah hati-hati ya.. cepat putus tali dia ><
- Gasing, kalau nak beli hadiah untuk remaja/kanak-kanak lelaki, Murah jer benda ni kalau tak silap 5TL / RM5. dekat Malaysia orang jual mahal ><.
- Bag, dompet sulam, kasut. Cantik-cantik boleh dapat dompet sulam RM20
dan macam-macam lagi!!!!!!!!!!!!
Penat shopping boleh makan, minum teh~
Orang dekat bazar ini memang suka minum teh. Ramai jer tokey-tokey duk order air teh panas-panas pastu depa minum hahhaa. Boleh cuba. Saya masa kali kedua pergi sini saya makan dekat kedai. Luar dari kawasan bazar, kawan saya gi shopping hunting hehe.
Dekat sini pun boleh try minum air fresh! air delima ataupun air oren. Fresh mereka buat. Dekat Malaysia pun dah ada orang buat.
|
Bahagian luar masih ada banyak kedai lagi :D |
|
Makan sorang hahahaha. terbaik. Nama dia Kiymali Pide, Macam pizza. Dia flat bread atas topping daging kisar dan vegetables. Sedap giler. Freshly made memang lama juga tunggu. hhahaah |
Air bukit di dalam pasar
Air ini boleh diminum. Ada orang ambil wuduk juga kat sini. Dekat bazar ini dalam bazar ada beberapa surau. Memang kecil dan banyak naik tangga. Untuk perempuan susah skit nak ambil wuduk. Dekat luar bazar ada satu masjid besar.
|
Dah ada sejak abad ke-17. bayangkan dah beratus tahun. Kredit kepada Mickey Mystique / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0) | |
|
|
Selain Shopping ada juga Hamam, Hans(Inns/Hotel)
- Kalau rasa nak cuba mandi air panas boleh pergi hamam, scrub badan, massage~ harga boleh tahan ratusan. Kami tak jadi pergi hahaha
Cara ke Grand Bazaar, Istanbul Turki
Naik tram menghala ke Bagcilar berhenti di Stesen Beyazit
Bagi saya Grand Bazaar ini memanglah satu tempat kita boleh habis duit. Karpet premium di sini harga Beribu-ribu mereka boleh post ke Malaysia. Pastu banyak juga yang charge harga mahal-mahal. Jadi kena tahu tawar menawar. Dan beli pun tengok bajet lah. Kalau memang banyak duit tak apalah :P
Comments
Post a Comment