Itinerary 2 hari 1 malam di Sarajevo, Bosnia
Sarajevo Kota Lama Penuh bersejarah
Kami memasukkan Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina kedalam list trip Eropah kami kota yang penuh sejarah dan peperangan sehingga tahun 1995. Bosnia pernah menjadi negeri Banate of Bosnia yang bebas dari kuasaan Hungary walaupun tanahnya dilihat sebagai salah satu tanah Hungary. Kemudiannya berkembang menjadi Kerajaan Bosnia / Kingdom of Bosnia pada abad ke-14.Tidak lama selepas itu Bosnia dijajah oleh kerajaan Uthmaniyah pada abad tengah ke-15, tersebarlah ajaran Islam dan pengaruh-pengaruh kebudayaan Turki di sini.
Kemudian dijajah lagi, menjadi dibawah kuasa monarki Austria-Hungary sehingga perang dunia pertama. Jatuh pula bawah kuasa Kerajaan Yugoslavia. Selepas Yugoslavia dibubarkan Bosnia berperang pula pada tahun 1992 sehinggalah tahun 1995. Akhirnya barulah terbentuk kerajaan sekarang di bawah nama Bosnia dan Herzegovina.
Sarajevo |
Pernah menjadi wilayah penaklukan Kerajaan Uthmaniyyah
Banyak bangunan dan budaya tinggalan Turki yang masih gah di Sarajevo, dari segi minuman, makanan, seni ukir, bangunan, agama dan sebagainya. Kota lama ini buat kita rasa macam berada di Zaman dahulu balik. cantiklah lebih banyak detailing berbanding bangunan moden yang lebih kepada penggunaan bahan yang lebih murah.Kita dapat lihat betapa kerajaan Uthmaniyah sangat toleransi dengan rakyat yang majmuk dan berbeza agama. Gereja boleh didirikan tanpa sebarang masalah. Pekerja yang berbeza agama diberi kebajikan dan keperluan agamanya.
Rakyat diberikan pendidikan dengan penubuhan sekolah, perpustakaan.
Tempat menarik untuk dilawati di Sarajevo (Klik pautan untuk maklumat lanjut)
- Yellow Bastion / Benteng Kuning
- Bascarsija Square
- Old Orthodox Church
- Masjid Gazi Husrev Bey
- Morica Han
Sarajevo free walking tour (2jam)
Boleh join free tour ini, percuma sahaja boleh bagi tips ikut kerelaan. Info yang di beri sangat bagus dan banyak tempat dia cover.Pengangkutan
Sebab kami tinggal di kawasan berdekatan maka kami banyak berjalan sahaja di sekitar Sarajevo.Dari airport kami mengambil airport bas untuk ke Bascarsija, Old Town Sarajevo.
5KM, RM12
Tapi masa balik kami tak dapat ambil bas mungkin sebab masa dah terlepas..jadi kami naik teksi dan dikenakan bayaran sebanyak 10 Euro / RM45.21
Tempat Tinggal
Kami bermalam di Pigeon Square Hostel.Masjid di Sarajevo
Ada banyak masjid di sini. Saiz sederhana, yang paling popular Masjid Gazi Husrev BeyMakanan Halal
Terdapat banyak makanan halal di sini. Kami sempat mencuba beberapamakanan halal di Sarajevo .
Comments
Post a Comment