Posts

Showing posts from January, 2020

Translate

Budapest Liszt Ferenc International Airport

Image
Info Budapest Liszt Ferenc International Airport Lapangan Terbang Budapest mempunyai dua terminal utama: T1 dan T2 . Terminal 1 ditutup pada 30 Mei 2012. Terminal 2 dibahagikan kepada 2A dan 2B lagi. 2A melayani penerbangan ke / dari negara-negara Schengen dan 2B melayani semua destinasi bukan Schengen. Terminal 2A dan 2B disambung oleh SkyCourt , sebuah dewan baru. Kemudahan lapangan terbang termasuk kedai biasa, bebas cukai, ATM, pertukaran wang, pejabat pos, restoran, pembungkusan bagasi, tempat letak kereta jangka pendek dan panjang, maklumat pelancongan dan penyewaan kereta. Akses internet WiFi boleh didapati di semua terminal. Boleh digunakan selama 2 jam sahaja. Dek pemerhatian luar ada di Terminal 2. Supermarket Kecil Sparc Gambar internet, Contoh dalaman SPAR market, ini bukan di budapest ya. Tapi lebih kurang macam ini. Wolfmann [CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)] Supermarket SPAR City, yang terletak di tingkat ketibaan Term

Kisah Scammer dan Orang pelik di Budapest Liszt Ferenc International Airport

Assalamualaikum Semua! Saya nak berkongsi tentang Scammer dan orang-orang pelik yang ada di lapangan terbang eropah. Tahukah anda Lapangan terbang kita masih terbaik!! Ini kerana dari segi keselamatan kebersihan kebesaran saya rasa lebih baik dari sesetengah lapangan terbang yang pernah kami pergi. Peminjam Telefon Alkisahnya, kami terpaksa pergi ke Lapangan Terbang Liszt Ferenc, Budapest lebih awal dari perancangan asal. Kemudian nak dijadikan cerita, saya ingin ke tandas, bersihkan diri sementara itu Mira tunggu diluar. Semasa dia tunggu diluar, tiba-tiba ada seorang lelaki menghampirinya!!!! Pelik tak? Mira cerita bahawa lelaki tersebut minta tolong check kan tiket kapal terbang lelaki tersebut. Katanya dia terlepas kapal terbang yang patut dinaikinya. Jadi dia nak pinjam telefon Mira sebab internet dia dah mencapai limit. Free wifi di kawasan lapangan terbang terhad kepada 2 jam sahaja. Mira rasa pelik dan berwaspada. Maka dia tidak membenarkan lelaki tersebut untuk

Masjid Budapest

Image
Salam Semua, Hari ini kami nak berkongsi tentang satu Masjid yang kami sempat ziarah untuk menunaikan solat semasa berada di Budapest, Hungary. Sejarah Masjid Masjid ini mula beroperasi pada tahun Ramadan 2011. Ia dijaga bawah The Organization of Muslims in Hungary. Organisasi ini telah melancarkan tabung untuk menubuhkan masjid ini dalam dan luar negara akhirnya tertubuhnya masjid ini. Islam di Hungary Islam di Hungary mempunyai sejarah yang panjang; ia bermula sebelum suku kaum Hungaria menetap di lembah Carpathian, dan 150 tahun penjajahan Uthmaniyyah juga merupakan salah satu bab utama sejarah ini.  Hari ini terdapat kira-kira 40,000 penduduk Islam di Hungary. Kebanyakan mereka berasal dari bahasa Arab atau Turki. Bagaimanapun, jumlah orang Hungaria yang kembali juga meningkat. Budapest, ibu kota Hungary, mempunyai lebih banyak organisasi Islam. Yang terbesar ialah 'Pertubuhan Muslim di Hungary'. Alhamdulillah Masjid Budapest ini besar, jug

Budapest City Park

Image
Salam Semua! Budapest City Park Hari ini kita nak bercerita tentang Budapest City Park, di sini terdapat beberapa tempat menarik bersejarah yang boleh kita lawat semasa berada di Budapest! Kawasan taman ini dahulunya merupakan paya besar. Ia juga merupakan satu kawasan yang pernah menjadi tempat orang memburu! Akhirnya taman ini kemudian dibangunkan dengan penanaman pokok-pokok. Paya kemudiannya dikeringkan dan tanahnya kemudian bertukar menjadi sebuah taman sytle English pada abad 18-19 bila Mahajaranya mengarahkan untuk membina Taman Negara untuk rakyatnya berehat dan berhibur. Tempat menarik dalam kawasan Budapest City Park Vajdahunyad Castle  Dalam taman ini menuju kebahagian hujung terletaknya Istana Vajdahunyad. Ia dibina pada tahun 1896 sebagai sebahagian daripada Pameran Milenium yang merayakan 1,000 tahun Hungary sejak Penaklukan Hungaria di Lembangan Carpathian pada tahun 895. Istana ini direka oleh Ignác Alpár untuk menampilkan salinan beberapa bangun

Berjalan di Széchenyi Chain Bridge antara Buda dan Pest

Image
Széchenyi Chain Bridge adalah salah satu mercu tanda terkenal di Budapest. Jambatan batu bersejarah pertama yang indah atas sungai Danube yang menyambungkan di antara Széchenyi Square di sebelah Pest dan Clark Ádám Square di sebelah Buda. Anda boleh berjalan menyeberanginya dari Buda ke Pest melalui jambatan ini - cara terbaik untuk menyerap pemandangan dan panorama yang dilindungi Warisan Dunia dan mengambil gambar yang indah. Kami cuba untuk menyeberangi jambatan ini pada waktu malam, ramai orang lain yang turut berjalan di atas jambatan ini. Pemandangan sangat cantik dan boleh nampak kapal-kapal cruise yang lalu dibawah jambatan. Kita dapat lihat bangunan Parlimen yang gah di seberang Pest, sementara bangunan-bangunan di Castle Hill  di akhir Buda. Jambatan ini pernah dimusnahkan ketika perang dan dibina kembali mengikut bentuk asalnya.

Melawat Budapest Castle Hill

Image
Buda Hills, terletak tinggi di atas sungai Danube, di sinilah terletaknya Daerah Istana (Budai Várhegy) meliputi beberapa kawasan menarik untuk dilawati dan  sangat menakjubkan untuk dikunjungi pada siang hari dan sangat cantik pada waktu malam. Seluruh kawasan Daerah Istana adalah sebahagian daripada Pemandangan Warisan Dunia UNESCO. Ruangan istana ini amatlah besar, saya suggest boleh luangkan masa selama 1 hari atau 1/2 hari di sini. Penat jalan, nak amati lagi :P. Ada banyak kerusi kalau nak rehat. Stamina dan kaki kena kuat! Kawasan menarik dalam kawasan Daerah Istana Budapest Buda Castle Buda Castle adalah istana dan kompleks istana untuk raja-raja Hungary di Budapest. Istana asal ini didirikan pada tahun 1265, tetapi istana versi Baroque yang kita nampak hari ini yang menduduki sebahagian besar tapak istana yang asal dan dibina antara 1749 dan 1769. Istana ini kini menempatkan Galeri Nasional Hungary dan Muzium Sejarah Budapest . Ruangan Istana ini boleh dilawati s

Labels

astronomical clock1 atartuk airport1 austria4 backpacker hostel2 bas vienna to budapest1 bastion1 bazar1 BBQ di Pantai Tanjung Biru1 beacon inn1 beacon inn capsule hotel1 benteng1 Berkhemah Di Pantai Tanjung Biru1 berlin16 berlin schonefeld airport1 berlin 3 days 1 night hostel1 berlin airport1 berlin amerika checkpoint1 berlin attractions4 berlin bradenburg gate1 berlin cathedral1 berlin charlie checkpoint1 berlin cheap + clean hostel1 berlin checkpoint1 berlin city hall1 berlin east side gallery1 berlin germany1 berlin hostel1 berlin itinerary1 berlin jews city1 berlin jews memorial1 berlin memorial wall1 berlin monuments1 berlin mosque1 berlin museum island1 berlin old city hall1 berlin parliament1 berlin St. Nicholas Church1 berlin tegel airport1 berlin tegel airport bus1 berlin tegel airport scoot1 berlin tegel airport transport1 berlin topography of terror1 berlin wall2 berlin wall east side gallery1 berlin wall must visit1 berlin world war 21 blue mosque1 bosnia11 bosphorus tour1 Bradenburg gate berlin1 buda castle1 budapest10 budapest airport2 budapest castle hill1 budapest hungary3 budapest liszt ferenc international airport1 bundle1 bus at schonefeld airport1 bus prague1 bus prague to vienna2 caravan saray1 casa blanca guest house1 castle1 chain bridge budapest1 cheap hostel berlin1 cheap prague1 cheap train to hallstatt1 church1 church of our lady before tyin1 church sarajevo1 city park1 city park budapest1 clean capsule hotel1 cloth1 craft1 czech1 czech republic4 danga bay1 danga bay park1 denai alam1 dinasti1 eastern europe1 eropah8 europe trip4 eyub mosque1 fisherman's bastion1 flight eastern europe1 flight europe1 flixbus1 flixbux schonefeld airport1 flor de lamar1 food1 fort1 free hotel1 free tour1 free tour sarajevo1 galata tower1 gereja1 gereja sarajevo1 germany16 Germany parliament1 guest house reviews1 halal1 halal budapest1 halal food1 halal food at berlin wall1 halal food at checkpoint charlie1 halal food berlin1 halal food budapest1 halal food europe1 halal food sarajevo1 halal vieanna1 hallstatt1 hallstatt from vienna1 hallstatt village1 hallstatt village austria1 halltstat1 hanchi hostel1 heroes' square1 holocaust berlin1 holocaust yahudi1 homestay murah di melaka bawah rm1001 horse riding1 hostel1 hostel bosnia1 hostel in berlin1 Hostel O'Berlin1 hostel review2 hostelreview1 hot spring1 hotel1 hotel budget melaka1 hotel murah di bandar hilir melaka1 how to travel cheap to hallstatt1 hungary9 hungrary1 hyderabad3 india3 inn1 istana bukit serene1 istana johor1 istana johor di bukit serene1 istanbul9 istanbul airport1 istanbul cruise1 istanbul mosque1 istanbul turki1 istiklal1 itinerary7 itinerary berlin1 itinerary budapest1 itinerary eropah2 itinerary johor1 itinerary johor melaka1 itinerary kl1 itinerary melaka1 itinerary prague1 itinerary sarajevo1 itinerary selatan1 jalan johor3 jalan melaka4 jalan selatan7 jalan-jalan melaka5 jasin1 jasin hot spring1 jeddah1 johor capsule hotel1 kapal portugis1 kl2 kl itinerary1 klcc1 Kolam Air Panas Jasin Melaka1 kos percutian timur eropah1 kuala lumpur itinerary1 kubu1 kubur ahmad ammar1 kuda1 laman istana bukit serene1 lapangan terbang1 lapangan terbang budapest1 lawat berlin wall1 learn malay language1 learn malaysia language1 low cost airline2 makanan halal austria1 makanan halal vienna1 makanan istanbul1 malay phrases1 malay words1 malaysia5 markthalle neun1 masjid6 masjid ayub1 masjid biru1 masjid bosnia1 masjid budapest1 masjid di istanbul1 masjid hungary1 masjid sarajevo1 masjid selat melaka1 masjid turki2 matthias church budapest1 maverick hostel1 meetbosnia1 meetbosniatour1 melaka1 melaka guest house1 memorial of murdered jews berlin1 mosque3 mosque in berlin1 municipal house1 museum3 museum of agriculture hungary1 muzium2 muzium flor de lamar1 muzium kapal selam melaka1 muzium melaka1 muzium samudera1 muzium tldm1 national gallery prague1 nizam1 nuruosmaniye mosque1 old orthodox church1 old red tram1 old town prague1 omar ibn al-khattab mosque1 omar moschee1 one day in prague1 padang pasir pantai klebang1 pantai klebang pasir1 Pantai Tanjung Biru1 Pantai Tanjung Biru Camping1 Pantai Tanjung Biru Tenang dan Lawa1 parlimen jerman1 pasar di berlin1 pasir melaka1 pasir pantai klebang1 pembunuhan yahudi1 penginapan di melaka1 Percutian timur eropah6 Perkhemahan pertama di Pantai Tanjung Biru1 pigeon square bosnia1 pigeon square hostel bosnia1 powder tower1 prague4 prague castle1 prague itinerary1 prague ke vienna1 pulau perhentian1 pulau perhentian april 20181 pulau perhentian mesti lawat1 pulau perhentian story1 pulau perhentian trip1 quadriga1 recreational park1 regiojet prague2 reistag buidling germany1 reistag building berlin1 restoran turkis1 saint nicholas church1 sajevo international airport1 salt mine hallstatt1 sarajevo10 saudi airline1 schonefeld airport1 scoot flight1 scoot flight air asia1 scoot flight macam air asia1 scoot flight murah1 scoot flight review1 seafood istanbul1 seafood turki1 sebilj1 selangor1 shah alam1 shopping2 skudai river1 skywalk hallstatt1 solat di masjid selat melaka1 soviet war memorial1 soviet war memorial berlin1 soviet war memorial tiergarden berlin1 square2 stall turkis1 star kebab restaurant1 Széchenyi Chain Bridge1 taksim square1 taman merdeka johor1 taman rekreasi1 taxi airport1 tidur johor1 tidur mana best johor?1 timur eropah8 traditional1 train to hallstatt1 tram1 tunnel tram1 turki13 turkis halal1 turkis kebab1 turkish airline1 UAN Florenc1 UAN Florenc bus1 UAN Florenc bus station1 UAN Florenc regiojet1 vajdahunyad castle1 vieanna hallstatt1 vienna2 vienna to budapest1 visit malaysia1 visit malaysia 20201 vratnik1 winter1 wizzair1 yahudi1 yahudi berlin1 yahudi berlin eropah1 yahudi eropah1 yellow bastion1 zoo1
Show more