Istana Bukit Serene Kediaman Di Raja Johor
Salam Semua!
Ok tujuan utama siri perjalanan dari Kuala Lumpur - Melaka - Johor adalah bertujuan untuk mempelajari susur galur DNA Melayu saya sendiri selain daripada menikmati cuti pendek dan meluangkan masa bersama keluarga.
Kali ini kita bercerita tentang Istana Bukit Serene di Johor, yang tidak jauh dari Danga Bay. Boleh singgah selepas / sebelum melawat Danga Bay
Istana Bukit Serene ini dibina pada tahun 1937, merupakan hadiah kerajaan Johor kepada Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar. Sultan Johor yang ke 21, dan Sultan Johor Moden yang ke-2.
Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah ruangan replika Mahkota Johor.
Dalam catatan sejarah, Istana Bukit Serene ini pernah membantu tentera Jepun dalam melakukan serangan keatas Singapura. Ini kerana dalam Istana ini ada satu menara setinggi 35m yang menghadap ke arah Singapura.
General Yamashita telah menggunakan menara tersebut melihat kedudukan tentera Australia di seberang selat Johor. Dan Yamashita beranggapan bahawa istana ini tidak akan diserang oleh pihak British kerana ini merupakan istana kepunyaan sultan Johor.
Selain dari laman dekat dengan pintu istana, ada juga pengawal di luar istana. Hahaha kalau kacau kesian dia penat berdiri.
Dekat area situ ada juga ruangan laman yang kita boleh berehat,beriadah,berkelah. Pelbagai mainan lampu dan belon air yang boleh didapati di situ. Sesuai untuk membawa keluarga dan anak-anak berjalan-jalan.
Harap semua enjoy dengan cerita saya kali ini. Boleh tinggalkan sebarang komen ya~

Pengawal berjaga |

Ramai orang duduk santai macam dekat Masjid Putrajaya |
Sebenarnya peluang untuk mendekati Istana Bukit Serene dan keterbukaan kerabat diraja Johor amatlah menarik perhatian saya. Selalunya kalau orang kerabat tidak suka dikerumi orang awam. Namun di sini siap ada lagi laman untuk bersantai.
Harap semua enjoy dengan cerita saya kali ini. Boleh tinggalkan sebarang komen ya~
Comments
Post a Comment