Kisah Scammer dan Orang pelik di Budapest Liszt Ferenc International Airport
Assalamualaikum Semua!
Saya nak berkongsi tentang Scammer dan orang-orang pelik yang ada di lapangan terbang eropah.
Tahukah anda Lapangan terbang kita masih terbaik!! Ini kerana dari segi keselamatan kebersihan kebesaran saya rasa lebih baik dari sesetengah lapangan terbang yang pernah kami pergi.
Kemudian nak dijadikan cerita, saya ingin ke tandas, bersihkan diri sementara itu Mira tunggu diluar.
Semasa dia tunggu diluar, tiba-tiba ada seorang lelaki menghampirinya!!!!
Pelik tak? Mira cerita bahawa lelaki tersebut minta tolong check kan tiket kapal terbang lelaki tersebut. Katanya dia terlepas kapal terbang yang patut dinaikinya. Jadi dia nak pinjam telefon Mira sebab internet dia dah mencapai limit. Free wifi di kawasan lapangan terbang terhad kepada 2 jam sahaja.
Mira rasa pelik dan berwaspada. Maka dia tidak membenarkan lelaki tersebut untuk meminjam telefonnya (iphone baru beli tu). Dia juga ingat pesan ibu bapanya jangan percaya orang yang tidak dikenali. Ini kerana sekiranya dia ada masalah tentang kapal terbang yang terlepas atau bakal dinaiki lelaki tersebut patut pergi ke kaunter dan menanyakan sendiri.
Sekarang lelaki itu mula menunjukkan muka sedih dan muka macam menangis. Mira dah pelik. Langsung saya selesai urusan di tandas, saya pun keluar dan pergi ke Mira.
Maka kami pun berbincang dalam bahasa Malaysia. Menggunakan perkataan-perkataan yang lelaki tersebut mungkin tidak akan faham frasa-frasa yang kami gunakan.
Mira menceritakan tentang apa yang terjadi. Saya pun rasa pelik kenapa lelaki itu mahu menggunakan telefon Mira. Maka saya melihat kepada lelaki tersebut. Tangan dia kelihatan merah. Macam kat kawasan jari ada bekas tali yang dipegang lama sehingga meninggalkan bekas.
Merasa tidak sedap hati, kami pun pindah ke lokasi lagi satu. Tempat yang lebih terang dan ramai orang dan membolehkan kami berehat dan tidur dengan lebih baik.
Nak dijadikan cerita lagi, pagi itu ketika Mira ingin mengambil wuduk di tandas (ada tandas oku senang sedikit ada singki) tiba-tiba Mira Menjerit..........rupanya lelaki yang nak pinjam telefon itu ada didalam tandas OKU dan sedang tidur......
Yang kelakarnya. tiada sekuriti berdekatan yang dengar pun kami jerit. Secara kesimpulannya melihatkan keadaan lelaki itu. kami rasakan dia bukanlah seorang yang kami boleh percaya. kenapa dia tidur dalam toilet? pelik bukan.
Seterusnya kisah kedua
Tak pasti sama-ada pakcik ini gelandangan ke macam mana tapi dia punya appearance memang sedikit pelik.
Masa Mira ke tandas tu nampak dari cermin pak cik itu macam usha Mira, Mira dah jadi seram lah kan sebab tak ramai orang masa itu kalau jadi apa-apa bahaya kan. Kemudian saya pun tiba di tandas itu, dan Mira menceritakan apa yang terjadi.
Sekali lagi kami rasa tidak selamat, dan bertukar lokasi. Kali ini kami di kawasan kerusi yang sedikit gelap tapi ramai orang tidur. Maka kami pun buat port untuk kami..Yang kelakarnya, kelihatan macam gelandangan turut tidur di situ. Ini kawasan sebelum check in jadi sesiapa pun boleh masuk kedalam. Kesian kesian, apa yang kami risaukan sekiranya keselamatan kami terancam. Tapi alhamdulillah di kawasan ini orangnya tidak kacau orang..
Saya nak berkongsi tentang Scammer dan orang-orang pelik yang ada di lapangan terbang eropah.
Tahukah anda Lapangan terbang kita masih terbaik!! Ini kerana dari segi keselamatan kebersihan kebesaran saya rasa lebih baik dari sesetengah lapangan terbang yang pernah kami pergi.
Peminjam Telefon
Alkisahnya, kami terpaksa pergi ke Lapangan Terbang Liszt Ferenc, Budapest lebih awal dari perancangan asal.Kemudian nak dijadikan cerita, saya ingin ke tandas, bersihkan diri sementara itu Mira tunggu diluar.
Semasa dia tunggu diluar, tiba-tiba ada seorang lelaki menghampirinya!!!!
Pelik tak? Mira cerita bahawa lelaki tersebut minta tolong check kan tiket kapal terbang lelaki tersebut. Katanya dia terlepas kapal terbang yang patut dinaikinya. Jadi dia nak pinjam telefon Mira sebab internet dia dah mencapai limit. Free wifi di kawasan lapangan terbang terhad kepada 2 jam sahaja.
Mira rasa pelik dan berwaspada. Maka dia tidak membenarkan lelaki tersebut untuk meminjam telefonnya (iphone baru beli tu). Dia juga ingat pesan ibu bapanya jangan percaya orang yang tidak dikenali. Ini kerana sekiranya dia ada masalah tentang kapal terbang yang terlepas atau bakal dinaiki lelaki tersebut patut pergi ke kaunter dan menanyakan sendiri.
Sekarang lelaki itu mula menunjukkan muka sedih dan muka macam menangis. Mira dah pelik. Langsung saya selesai urusan di tandas, saya pun keluar dan pergi ke Mira.
Maka kami pun berbincang dalam bahasa Malaysia. Menggunakan perkataan-perkataan yang lelaki tersebut mungkin tidak akan faham frasa-frasa yang kami gunakan.
Mira menceritakan tentang apa yang terjadi. Saya pun rasa pelik kenapa lelaki itu mahu menggunakan telefon Mira. Maka saya melihat kepada lelaki tersebut. Tangan dia kelihatan merah. Macam kat kawasan jari ada bekas tali yang dipegang lama sehingga meninggalkan bekas.
Merasa tidak sedap hati, kami pun pindah ke lokasi lagi satu. Tempat yang lebih terang dan ramai orang dan membolehkan kami berehat dan tidur dengan lebih baik.
Nak dijadikan cerita lagi, pagi itu ketika Mira ingin mengambil wuduk di tandas (ada tandas oku senang sedikit ada singki) tiba-tiba Mira Menjerit..........rupanya lelaki yang nak pinjam telefon itu ada didalam tandas OKU dan sedang tidur......
Yang kelakarnya. tiada sekuriti berdekatan yang dengar pun kami jerit. Secara kesimpulannya melihatkan keadaan lelaki itu. kami rasakan dia bukanlah seorang yang kami boleh percaya. kenapa dia tidur dalam toilet? pelik bukan.
Seterusnya kisah kedua
Orang - orang pelik
Selepas kami ke lokasi lagi satu, mira ingin pergi ke tandas di lokasi baharu. Sebelum dia ke tandas dia ada duduk di atas kerusi dan berehat. Kemudian dia ternampak seorang pakcik pelik tunggu di bahagian kaunter kereta sewa ( dah tutup pun malam-malam) pakcik pelik itu mengambil gula-gula di kaunter. Selalunya orang ambil gula sedikit sahaja, tapi pak cik ini ambil segengam.Tak pasti sama-ada pakcik ini gelandangan ke macam mana tapi dia punya appearance memang sedikit pelik.
Masa Mira ke tandas tu nampak dari cermin pak cik itu macam usha Mira, Mira dah jadi seram lah kan sebab tak ramai orang masa itu kalau jadi apa-apa bahaya kan. Kemudian saya pun tiba di tandas itu, dan Mira menceritakan apa yang terjadi.
Sekali lagi kami rasa tidak selamat, dan bertukar lokasi. Kali ini kami di kawasan kerusi yang sedikit gelap tapi ramai orang tidur. Maka kami pun buat port untuk kami..Yang kelakarnya, kelihatan macam gelandangan turut tidur di situ. Ini kawasan sebelum check in jadi sesiapa pun boleh masuk kedalam. Kesian kesian, apa yang kami risaukan sekiranya keselamatan kami terancam. Tapi alhamdulillah di kawasan ini orangnya tidak kacau orang..
Secara kesimpulannya berjaga-jaga lah banyak orang yang menyalahgunakan servis lapangan terbang 24jam ini. Untuk ke sini pun tidak mahal sangat 900 HUF / RM 12.
Comments
Post a Comment