1 Hari Berjalan di Old Town Prague
Salam Semua,
Semasa berjalan di Prague, hari tersebut sebenarnya hujan. Jadi cuaca teramat-amat sejuk..Sampai nak tangkap gambar pun tak sanggup sebab sejuk sangat nak kena pakai sarung tangan.
Dalam banyak-banyak negara yang saya lawati semasa trip Tengah dan Timur Eropah di musim luruh, Prague di Czech Republic lah paling sejuk. Suruh saya jalan 10km pun tidak mengapa sebab terlalu sejuk bagi saya dan saya tidak boleh duduk diam sahaja, perlu bergerak.
Pertama sekali saya menggunakan google maps untuk mendapatkan nama tram/train/bas yang kena naik lepas tu boleh semak kembali dengan jadual rasmi & route di laman rasmi syarikat pengangkutan Pražská integrovaná doprava , Yang saya perasan sistem train Prague agak tally dengan google maps. Cuma kalau nak lebih detail lebih bagi pakai sistem yang rasmi.
Kami berhenti di National Theater yang berdekatan dengan stesen kereta api
Národní divadlo sebelum berjalan ke Old Town Prague
Untuk ke Old Town Prague, kita kenalah merentasi Charles Bridge yang
merupakan mercu tanda di tengah-tengah Prague. Jambatan ini merentasi sungai Vltava dan menghubungkan Old Town dengan Lesser Side.
Masa atas jambatan bukan senang nak dapat perfect shot sebab ramai sangat pelawat dalam dan luar negara!
Ramai orang suka singgah di Prague kerana kita merasakan seolah-olah kita berada dalam filem yang ada babak-babak ala-ala princess Disney. Bangunan lama yang masih dikekalkan dan mempunyai fasad-fasad yang berbeza. Prague sangat sesuai untuk dijadikan sebagai satu lokasi lawatan bagi pelajar-pelajar architecture. Banyak sangat jenis-jenis arkitek bangunan saya tak ingat ada Gothic, Baroque
Antara kawasan yang kami singgah adalah
Merupakan dataran tertua dan paling penting dalam sejarah Prague. Sejarahnya bermula pada abad ke-10, ketika ia berfungsi sebagai pasar di persimpangan jalan perdagangan Eropah.
Dimana, gerai mudah alih diduduki oleh pembuat roti, potters, pengeluar produk kayu, herba, pengeluar roti halia dan tukang-tukang lain yang menjual barangan mereka
Di sebelah selatan terdapat penjual cendawan, strawberi dan produk hutan yang lain, dan juga permainan, sayuran, mentega, kek keju, gris, kalkun dan barangan lain telah dijual di sana.
Di bahagian barat dataran terdapat pasar ikan.
Untuk masa kini, ada bangunan-bangunan kedai dan cafe di kawasan ini. Dan pada waktu Krimas ada pasar besar diadakan.
Dalam kawasan ini kita boleh melihat Astronomical Clock
Apa itu Astronomical Clock?
Jam astronomi, horologium, atau orloj adalah jam dengan mekanisme khas dan cepat untuk memaparkan maklumat astronomi, seperti kedudukan relatif matahari, bulan, buruj zodiak, dan kadang-kadang planet utama.
Ini merupakan Astronomical Clock yang ketiga tertua di dunia. Kalau tengok dengan lebih dekat boleh nampak dekat jarum penunjuk ada bentuk bulan dan matahari.
Setiap jam akan ada pentunjukkan di mana ada patung 12 pengikut Jesus keluar dari tingkap, dan ada 4 lagi patung, salah satu mengambarkan Kematian (bentuk tengkorak,tulang manusia) dan patung-patung manusia yang mengejar wang, nafsu akan mengeleng kepala untuk menyatakan rasa tidak bersedia lagi untuk pergi/mati. Pertunjukan ini boleh dilihat daripada setiap jam 9am-11pm.
Boleh melihat dengan lebih dekat sekiranya anda membeli tiket masuk ke kawasan dalam Old Town Hall + Clock tower.
Selasa-Ahad 09:00 - 22:00
(Pada bulan 1-2 tutup awal 20:00, sila semak official website)
Kanak-kanak 150 CZK / RM26.97
Keluarga 500 CZK / RM89.88
Online ticket 210 CZK / RM37.75
(prague.mobiletickets.cz)
Gereja Baroque yang paling terkenal di Prague juga merupakan salah satu bangunan Baroque yang paling berharga di utara Alps kawasan paling tinggi di Prague. Ia juga satu contoh yang luar biasa dari dekorasi Baroque yang tinggi. Konsert diadakan di gereja sepanjang tahun pada organ bersejarah yang bermula pada abad ke-18.
Selasa-Ahad 09:00 - 22:00
(Bergantung pada bulan, ada bulan dan hari yang tutup seawal 16:00, selainya pada 17:00, sila semak official website.
Untuk konsert dari April ke Oktober konsert diadakan hari-hari selama 1 jam kecuali pada hari Selasa dari pukul 18.00, Konsert Krimas pula diadakan dari 17.00 pada hari tertentu)
Kanak-kanak 60 CZK / RM10.79
Ditubuhkan pada tahun 1796, Galeri Nasional di Prague mempunyai koleksi besar seni klasik, moden dan kontemporari. Contoh-contoh koleksi koleksi muzium dari Master Lama ke Cubism Ceko. Galeri Nasional tersebar di sembilan lokasi yang berbeza.
Waktu berubah-rubah, semakan di official website.
Kanak-kanak hingga PERCUMA
Remaja 18 tahun
Pelajar bawah 26 tahun PERCUMA
(Kemasukan sah selama sepuluh hari mula dari pembelian tiket untuk kemasukan ke semua pameran tetap Galeri Nasional Prague - Biara St Agnes dari Bohemia, Istana Perdagangan Fair, Istana Sternberg, Istana Salm.)
Salah satu bangunan agama Gothic yang paling mengagumkan di Prague dibina dari pertengahan ke-14 hingga awal abad ke-16. Pada akhir abad ke-17, ia telah diubah suai semula dalam gaya Baroque. Gereja ini berfungsi mempamerkan konsep artistik Gothic, Renaissance dan Baroque Awal. Dan yang paling menarik termasuk lukisan altar oleh Karel Škréta, makam ahli astronomi Tycho Brahe dan organ (alat musik) bertarikh 1673 yang tertua di Prague.
Ahad 10.00 - 12.00
Pintu masuk ini di mana perarakan coronasi raja-raja Czech memasuki Kota Lama merupakan salah satu monumen paling penting dari Late Gothic Prague. Dilengkapkan pada 1475, Powder Tower, yang sebelum ini berfungsi sebagai kedai serbuk senjata api, masih menjadi titik permulaan untuk Koronasi atau Laluan Diraja ke Istana Prague. Galeri tontonan terletak pada ketinggian 44 m.
November – February 10.00 – 18.00
March 10.00 – 20.00
April – September 10.00 – 22.00
October 10.00 – 20.00
Kanak-kanak 70 CZK / RM12.55
Keluarga 250 CZK / RM44.82
Bersebelahan dengan Powder Tower merupakan sebuah Bangunan Art Nouveau yang dibina dari tahun 1905 hingga 1911, merupakan bukti kemahiran dan kualiti seni dan kemahiran yang belum pernah berlaku sebelumnya. Kafe, restoran Perancis dan Pilsner, bar Amerika Syarikat, Salon Lord Mayor dan Smetana Hall adalah semua contoh dalaman dalaman Art Nouveau yang sempurna, dihiasi oleh artis dan pemahat terkemuka seperti Alfons Mucha, Jan Preisler, Ladislav Šaloun, dan lain-lain. Pencinta Seni Nouveau boleh mengambil pakej dengan pemandu lawatan ke seluruh bangunan.
Kanak-kanak 240 CZK / RM43.01
Keluarga 500 CZK / RM89.88
Old Town & Tower Ticket
Saint Nicholas Church
National Gallery Official Website
Municipal House
Semasa berjalan di Prague, hari tersebut sebenarnya hujan. Jadi cuaca teramat-amat sejuk..Sampai nak tangkap gambar pun tak sanggup sebab sejuk sangat nak kena pakai sarung tangan.
Dalam banyak-banyak negara yang saya lawati semasa trip Tengah dan Timur Eropah di musim luruh, Prague di Czech Republic lah paling sejuk. Suruh saya jalan 10km pun tidak mengapa sebab terlalu sejuk bagi saya dan saya tidak boleh duduk diam sahaja, perlu bergerak.
Pengangkutan
Sepanjang berada di Prague, kami menggunakan daily pass yang berharga 110CZK / RM19.85 / 4.29 Euro. Ya, daily pass dia lebih murah berbanding dengan Berlin, di Jerman. Daily pass ini kami gunakan untuk menaiki kereta api , tram dan juga bas.Pertama sekali saya menggunakan google maps untuk mendapatkan nama tram/train/bas yang kena naik lepas tu boleh semak kembali dengan jadual rasmi & route di laman rasmi syarikat pengangkutan Pražská integrovaná doprava , Yang saya perasan sistem train Prague agak tally dengan google maps. Cuma kalau nak lebih detail lebih bagi pakai sistem yang rasmi.
Kami berhenti di National Theater yang berdekatan dengan stesen kereta api
Národní divadlo sebelum berjalan ke Old Town Prague
Charles Bridge
merentasi Charles Bridge |
Lagi |
dah nak abis! |
Untuk ke Old Town Prague, kita kenalah merentasi Charles Bridge yang
merupakan mercu tanda di tengah-tengah Prague. Jambatan ini merentasi sungai Vltava dan menghubungkan Old Town dengan Lesser Side.
Masa atas jambatan bukan senang nak dapat perfect shot sebab ramai sangat pelawat dalam dan luar negara!
Old Town
Setibanya di Old Town ada beberapa tempat menarik yang cantik untuk kita mengamati binaan bangunan lama, seninya dan juga sejarah disebaliknya.Ramai orang suka singgah di Prague kerana kita merasakan seolah-olah kita berada dalam filem yang ada babak-babak ala-ala princess Disney. Bangunan lama yang masih dikekalkan dan mempunyai fasad-fasad yang berbeza. Prague sangat sesuai untuk dijadikan sebagai satu lokasi lawatan bagi pelajar-pelajar architecture. Banyak sangat jenis-jenis arkitek bangunan saya tak ingat ada Gothic, Baroque
Antara kawasan yang kami singgah adalah
- Old Town Square
- Astronomical Clock
- Saint Nicholas
- National Gallery
- Church of Our Lady before Tyin
- Powder Tower
- Municipal House
Old Town Square
Merupakan dataran tertua dan paling penting dalam sejarah Prague. Sejarahnya bermula pada abad ke-10, ketika ia berfungsi sebagai pasar di persimpangan jalan perdagangan Eropah.
Dimana, gerai mudah alih diduduki oleh pembuat roti, potters, pengeluar produk kayu, herba, pengeluar roti halia dan tukang-tukang lain yang menjual barangan mereka
Di sebelah selatan terdapat penjual cendawan, strawberi dan produk hutan yang lain, dan juga permainan, sayuran, mentega, kek keju, gris, kalkun dan barangan lain telah dijual di sana.
Di bahagian barat dataran terdapat pasar ikan.
Untuk masa kini, ada bangunan-bangunan kedai dan cafe di kawasan ini. Dan pada waktu Krimas ada pasar besar diadakan.
Dalam kawasan ini kita boleh melihat Astronomical Clock
Astronomical Clock
Gambar dari Internet (Unsplash.com) |
Gambar dari Internet (Unsplash.com) |
Apa itu Astronomical Clock?
Jam astronomi, horologium, atau orloj adalah jam dengan mekanisme khas dan cepat untuk memaparkan maklumat astronomi, seperti kedudukan relatif matahari, bulan, buruj zodiak, dan kadang-kadang planet utama.
Ini merupakan Astronomical Clock yang ketiga tertua di dunia. Kalau tengok dengan lebih dekat boleh nampak dekat jarum penunjuk ada bentuk bulan dan matahari.
Setiap jam akan ada pentunjukkan di mana ada patung 12 pengikut Jesus keluar dari tingkap, dan ada 4 lagi patung, salah satu mengambarkan Kematian (bentuk tengkorak,tulang manusia) dan patung-patung manusia yang mengejar wang, nafsu akan mengeleng kepala untuk menyatakan rasa tidak bersedia lagi untuk pergi/mati. Pertunjukan ini boleh dilihat daripada setiap jam 9am-11pm.
Boleh melihat dengan lebih dekat sekiranya anda membeli tiket masuk ke kawasan dalam Old Town Hall + Clock tower.
Waktu Operasi
Isnin 11:00 - 22:00Selasa-Ahad 09:00 - 22:00
(Pada bulan 1-2 tutup awal 20:00, sila semak official website)
Harga Tiket
Dewasa 250 CZK / RM44.94Kanak-kanak 150 CZK / RM26.97
Keluarga 500 CZK / RM89.88
Online ticket 210 CZK / RM37.75
(prague.mobiletickets.cz)
Saint Nicholas
Gambar dari internet (pixabay.com) |
Waktu Operasi
Isnin-Ahad 09:00-16:00 / 17:00Selasa-Ahad 09:00 - 22:00
(Bergantung pada bulan, ada bulan dan hari yang tutup seawal 16:00, selainya pada 17:00, sila semak official website.
Untuk konsert dari April ke Oktober konsert diadakan hari-hari selama 1 jam kecuali pada hari Selasa dari pukul 18.00, Konsert Krimas pula diadakan dari 17.00 pada hari tertentu)
Harga Tiket
Dewasa 100 CZK / RM17.98Kanak-kanak 60 CZK / RM10.79
National Gallery
Gambar Internet justdeni.com |
Waktu Operasi
https://www.ngprague.cz/en/opening-hoursWaktu berubah-rubah, semakan di official website.
Harga Tiket
Dewasa 500 CZK / RM89.88Kanak-kanak hingga PERCUMA
Remaja 18 tahun
Pelajar bawah 26 tahun PERCUMA
(Kemasukan sah selama sepuluh hari mula dari pembelian tiket untuk kemasukan ke semua pameran tetap Galeri Nasional Prague - Biara St Agnes dari Bohemia, Istana Perdagangan Fair, Istana Sternberg, Istana Salm.)
Church of Our Lady before Tyin
Gambar Internet unsplash.com |
Waktu Operasi
Mac - Dis Isnin-Sabtu 10.00 - 13.00 15.00 - 17.00Ahad 10.00 - 12.00
Harga Tiket
Percuma, walaupun percuma, digalakkan untuk bersedekah sebanyak 1 Euro.Powder Tower
Gambar Internet unsplash.com |
Pintu masuk ini di mana perarakan coronasi raja-raja Czech memasuki Kota Lama merupakan salah satu monumen paling penting dari Late Gothic Prague. Dilengkapkan pada 1475, Powder Tower, yang sebelum ini berfungsi sebagai kedai serbuk senjata api, masih menjadi titik permulaan untuk Koronasi atau Laluan Diraja ke Istana Prague. Galeri tontonan terletak pada ketinggian 44 m.
Waktu Operasi
Buka Isnin-AhadNovember – February 10.00 – 18.00
March 10.00 – 20.00
April – September 10.00 – 22.00
October 10.00 – 20.00
Harga Tiket
Dewasa 100 CZK / RM17.93Kanak-kanak 70 CZK / RM12.55
Keluarga 250 CZK / RM44.82
Municipal House
Gambar Internet airfrance.com |
Waktu Operasi
Buka Isnin-Ahad 10.00 - 20.00Harga Tiket
Dewasa 290 CZK / RM51.97Kanak-kanak 240 CZK / RM43.01
Keluarga 500 CZK / RM89.88
Seperti yang kita dapat lihat kebanyakkan tempat di sini kalau ingin masuk kedalam adalah agak mahal. Kami pergi hanya mengambil gambar dari luar. Sekiranya anda ada bajet yang lebih, boleh beli tiket dan lihat bahagian dalam juga
Rujukan
Harga Tiket Train HarianOld Town & Tower Ticket
Saint Nicholas Church
National Gallery Official Website
Municipal House
Comments
Post a Comment