Pemandangan Indah naik bas RegioJet dari Vienna ke Budapest, Hungary
Salam semua! Selepas bermalam di Vienna, kami teruskan perjalanan ke negara yang seterusnya iaitu ke Budapest,Hungary Kami menaiki bas dari Stesen utama Vienna, bas menunggu di bahagian luar. Di bahagian dalam terdapat penjaga RegioJet yang akan membantu sekiranya kita ada sebarang persoalan. Stesen utama di Vienna Di bahagian luar stesen utama ada orang jual kacang berangan panggang dan kentang goreng. Kebetulan orang yang jual itu orang Islam. Kami sampai awal, lama jugalah nak tunggu bas sampai kan. Ada macam-macam jenis orang dekat sini. Kena sentiasa berjaga-jaga. Bila dah nak sampai ke Budapest, pemandangan sangat indah banyak rumah-rumah atas gunung. memang menarik sangat. Perjalanan dari Vienna ke Budapest hanya memakan masa selama 2 Jam 45 minit. Akhirnya kami tiba di stesen bas di Budapest Kelenföld, Etele square.Sangat cantik dari luaran. Dalam seram! hahaha macam getho skit sedikit gelap bahagian dalam sebab wakt...