Pengalaman Tidur di Istanbul Atartuk Airport
Salam Semua, Kiranya kami sempat untuk merasa pengalaman berada di Atartuk Airport pada tahun 2018. Kini Airport itu telah pun di tutup. Dan Airport baharu iaitu Istanbul Airport yang beroperasi mengantikannya. Gambar Internet : Kredit kepada Summer Home Turkey Pada awalnya, keadaan diluar sangat sejuk. Kelihatan ramai petugas keselamatan di Airport ini merokok diluar. Kami agak terkejut melihat orang Turki sangat suka merokok, tidak kira sama ada wanita atau lelaki, bertudung atau tidak. Kami mencari ruangan yang ada kerusi. Memang boleh tidur, cuma di sini sangat ramai orang. Atarturk Airport ini ramai orang singgah sebab ia merupakan transit sebelum ke negara lain juga. Terlalu ramai orang datang ke Airport ini, kadang-kadangnya orang yang bertugas untuk bersihkan tandas pun tak cukup tangan... boleh jadi tak ada air tau..tak cukup tisulah.sebab terlalu ramai orang..Bagi saya pengurusan di sini agak mencabar..Saya pernah kena T_T. Harap-harap Airport yang baharu tiada ...