Yellow Bastion(Benteng) berdekatan dengan kubur para Syahid Sarajevo
Salam semua, Bandar Lama Vratnik Ia didirikan oleh kerajaan Uthmaniyah pada abad yang ke-16. Pada asalnya kawasan ini bersifat terbuka, tiada dinding yang menutupinya sehinggalah satu serangan dibuat oleh Prince Eugene of Savoy, seorang komander Austria-Hungary yang juga merupakan anggota tentera Holy Roman Empire. Kejadian ini telah menyebabkan kematian ramai orang. Kita boleh lihat sendiri kubur yang berdekatan dengan Yellow Bastion semasa mendaki keatas. Selepas kejadian serangan tersebut, gabenor kemudiannya pada abad ke-18 telah mengarahkan untuk melindungi kawasan tersebut dengan membina dinding tinggi sekelilingnya. Dan Yellow Bastion antara benteng atau kawasan kubu meriam yang menjadi tempat masukknya ke Vratnik ini. Hah! Pemandangan yang Indah Kini pelawat yang datang kesini lazimnya untuk melihat pemandang kota Sarajevo yang cantik dari puncak. Ramai yang beristirehat, melayan udara sepoi-sepoi, sangat menenangkan. Azan yang berkumandangan juga je...