Salam semua,
Bandar Lama Vratnik
Ia didirikan oleh kerajaan Uthmaniyah pada abad yang ke-16. Pada asalnya kawasan ini bersifat terbuka, tiada dinding yang menutupinya sehinggalah satu serangan dibuat oleh Prince Eugene of Savoy, seorang komander Austria-Hungary yang juga merupakan anggota tentera Holy Roman Empire.
Kejadian ini telah menyebabkan kematian ramai orang. Kita boleh lihat sendiri kubur yang berdekatan dengan Yellow Bastion semasa mendaki keatas.
Selepas kejadian serangan tersebut, gabenor kemudiannya pada abad ke-18 telah mengarahkan untuk melindungi kawasan tersebut dengan membina dinding tinggi sekelilingnya.
Dan Yellow Bastion antara benteng atau kawasan kubu meriam yang menjadi tempat masukknya ke Vratnik ini. Hah!
Pemandangan yang Indah
Kini pelawat yang datang kesini lazimnya untuk melihat pemandang kota Sarajevo yang cantik dari puncak. Ramai yang beristirehat, melayan udara sepoi-sepoi, sangat menenangkan.
Azan yang berkumandangan juga jelas kedengaran bila dah masuk waktu~
Kena mendaki
Boleh memilih sama ada ingin mengunakkan taxi, atau untuk mendaki ke atas. Kami sebenarnya ha ha ha nak juga naik taxi tapi hahaha jalan dah sampai kat atas.
Kawasan di Sarajevo ini banyak berbatu bata, sakit sedikit kaki dan bahaya kalau licin. Jadi stamina kena kuat tau!
|
Relax jer kucing ini |
|
dah naik bukit kena naik tangga lagi |
|
kawasan kubu lagi |
|
sampai pun puncak~ |
|
Pemandangan yang sangat-sangat indah |
|
Ramai orang muda lepak kat sini |
Biasa kubu pertahanan memang tinggi-tinggi atas bukit. Kena gigihkan diri untuk mendaki ya.
Comments
Post a Comment