The Old Orthodox Church Sarajevo
Old Orthodox Church merupakan gereja yang tertua di Sarajevo. Dibangunkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah. Ini kerana di Bosnia penduduknya beragama Kristian. Agama Kristian mula bertapak di Bosnia pada abad ke-9. Maka mereka pun bertanyalah sama ada bolehkah mereka mendirikan gereka? Maka jawapannya adalah, Ya dibenarkan untuk membina gereja dengan syaratnya Gereja tersebut mestilah tidak lebih tinggi dari Masjid.
Gereja ini dikatakan dibina pada abad ke-16. Walaupun ada perbezaan pendapat dari pengkaji sejarah, ada yang mengatakan gereja ini ditubuhkan pada abad ke-14 dan ke-15. Kini Gereja ini ada muziumnya (ditubuhkan sejak 1889 Zaman Austri-Hungary) tersendiri dimana pelawat boleh melihat koleksi manuskrip lama, syiling lama, baju, senjata dan lain-lain. Gereja ini juga ada kedai didalamnya.

Kami mengikuti Free Walking Tour oleh Meet Bosnia. Sangat berbaloi, cuma kena berhati-hati dengan penyeluk saku.
Comments
Post a Comment