Tuannya Peramah Pigeon Square Hostel di Sarajevo, Bosnia
Empunya Pigeon Square Hostel, yang sangat peramah dan membantu kami dalam sepanjang kami berada di Bosnia, beliau juga berikan kami bilik dengan view yang cantik. Malangnya saya tak snap >< |
Lokasi yang sangat strategik!
Asrama ini betul-betul terletak dekat dengan Old Town Square Sarajevo. Jalan kaki jer. dah boleh pergi ke tempat-tempat menarik dan bersejarahAsrama ini betul-betul atas kedai runcit Konzum, jadi mudah kalau nak beli apa-apa barang keperluan. Saya sempat beli biskut-biskut, kopi segera di sini dan bawa pulang sebagai buah tangan, harga di kedai runcit pun murah. Kopi bosnia memang sedap tau!
Dekat Pigeon Square pula ada banyak kedai barangan antik, cenderahati dan kedai makan! tak perlu risau, semuanya di satu tempat. Dekat kawasan sini jugalah bas dari airport akan berhenti, tapi masa balik kena ambil bas dekat kawasan lain.
View bilik cantik
Kalau bernasib baik, atau boleh request, boleh dapat bilik yang boleh tengok permandangan Pigeon Square. Alhamdulillah empunya hostel ini, sangat baik bagi kami bilik yang view cantik.Kami ambil bilik 2 orang, single bed each. Senang skit hahaha dah tak duduk dorm bila sampai di Bosnia.
Gambar internet. Lebih kurang macam ini view yang kami dapat. Bilik pun cantik |
Bilik bersih dan selesa
Gambar internet. Inilah bilik yang kami dapat siap ada kerusi untuk duduk rehat tu |
Bilik air kongsi
Untuk bilik yang kami dapat ini masih menggunakan bilik air kongsi. Bilik air dia besar selesa cuma dia tak ada paip air dekat jamban tu huhuh. jadi faham-faham jelah. Nasib baik bilik air ada singki hehehehe.Gambar Internet, Tandas di sini |
Harga murah!
Untuk bilik tadi kami berkongsi dua orang, jadi dalam rm62 seorang. Kalau harga full adalah rm124 semalam. Double / Twin Room. Sekarang di internet menunjukkan harga rm104.booking.com |
Boleh tumpang bag
Jikalau kita tiba awal sebelum masa check-in, atau bakal beredar lewat selepas check-out boleh tumpang letak bag. Boleh inform owner, owner / staff akan beritahu sekiranya mereka tiada nanti. sebab kena ada orang yang bukakan pintu :DPantri ada tea bag percuma~
Dekat pantri ada cawan, peti, cerek, boleh buat air. Kecik jelah pantri dia tapi function~ Tea bags banyak percuma sodap pun sodap.
Free wifi!
Macam biasa wifi juga boleh digunakan secara percuma di sini.10km dari Lapangan Terbang
hanya 10km dari Sajevo International airport boleh naik taxi, harga boleh tahan juga untuk 10km biasalah..Apa pula keburukkannya?
Hah! Sini tiada lift ya! Kena guna kudrat sedikit angkat beg itu. Dalam satu tingkat (agak tinggi) untuk naik ya. Jangan risau sekejap jer~ heheehe.Reception bukan 24jam juga. jadi kena sentiasa communicate dengan owner kalau ada extra request.
itu jelah nak kongsikan.
Alamat Hostel
Pigeon Square Hostel,Safvet-Bega Basagica 2, 71000 Sarajevo, Bosnia and Herzegovina
Comments
Post a Comment