Blog ini menceritakan pengalaman saya berjalan-jalan di dalam dan luar Malaysia. Banyak tip-tips menarik dan itinerary percuma!
Translate
Makanan Halal di Sarajevo
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Salam semua,
Walaupun banyak orang Islam di Sarajevo, kita still kena berhati-hati sebab komuniti di sini terdiri daripada orang Islam dan Kristian. Cuba semak makanan yang ingin dibeli terlebih dahulu.
Sepanjang kami berada di sini, kami sempat mencuba makanan tradisi dan popular di Sarajevo.
Burek
Semasa kami menunggu bilik kami siap sedia di Pigeon Square Hostel, kami mencari makanan yang dicadangkan oleh empunya hostel. Salah satunya adalah burek di kedai Buregdzinica Bosna, dekat je dalam Old Town Sarajevo tu.
Dia macam daging dalam pasteri/ atau pie daging dan disajikan dengan sos yogurt. Rasa dia sedap, kedai ini banyak orang ya, sentiasa ada orang datang untuk makan. Jadi lepas makan tu cepat-cepat beredar. Bagusnya dia kira pakai timbang kilo. Berdasarkan berat itu kita bayar harganya.
Kalau nak kata macam murtabak kurang tepat. Sebab dia guna kulit pastri untuk balut daging cincang dan rempah-rempah di dalamnya.
Bagi yang tidak gemar akan yogurt, boleh minta kuah itu tidak dicampurkan.
Harga ikut timbang saya tak ingat berapa gram tapi kami dapat dalam sepinggan dan lebih kurang 3 BAM / RM7. Kami berkongsi dua orang. Cukup lah untuk merasa dan makan.
Alamat
Buregdzinica Bosna,
Bravadziluk Old Town, Sarajevo Bosnia and Herzegovina
Ćevapi
Pada malam hari lepas penat berjalan-jalan di kawasan Old Town ini kami pun pergilah food hunting dekat area City Centre. Ada satu kedai Cevapi yang famous di Sarajevo ni. Penat tau nak cari kedai ini dia tersorok...Jangan giveup teruskan mencari.
Cevapi Nune nama kedai dia. Kami pergi sebab ini adalah restoran yang menjual makanan turun temurun sejak 1966 lagi! Masa kami pergi itu tahun 2018 makan dah 22 tahun dah umur kedai itu.
Gambar Internet : Credit Trip Advisor. Cari signboard ini
Cevapi ni macam kebab. Dia makan dengan roti. Bentuk macam sosej pendek-pendek, disajikan dengan roti dan sos yogurt. Mereka akan bagi potongan bawang juga lah. Bagi saya oklah. Kita dah biasa makan kebab kan dekat Malaysia. Tapi ini memang pure minced beef. kalau yang tak halal tu babi pun ada hahaha.
Owner atau staff dikedai ini sangat peramah. Sebab melayan kerenah kami yang sampai lambat dan kedai nak tutup dah hahaha. Staff dia orang tua-tua >< kesian pula tengok layan kami.
Gambar internet : Cevapi !Credit TripAdvisor
Kecik jer kedai dia
Ingat lagi order kat sini Credit TripAdvisor
Untuk 5 piece dalam 3 BAM juga Credit TripAdvisor
Harga ikut timbang dan jumlah dan kami ambil yang 3 BAM / RM7
Kena cari laluan, baru boleh nampak restoren.. Credit TripAdvisor
Alamat
Cevapi Nune,
Ferhadija 12 City Center, Sarajevo 387 Bosnia and Herzegovina
Alhamdulillah, antara benda yang wajib dicuba semasa di berada di Bosnia adalah kopi!
Kopi dia power dan kaww, antara perkara biasa dan rutin bagi komuniti di sini untuk minum kopi sebanyak 3kali sehari. Boleh tengok video di channel youtube saya untuk maklumat lanjut :D
Dia ada bagi juga air masak untuk minum sekali. Cara betul nak minum kopi ini adalah gigit sedikit gula cube tu baru teguk kopi masuk dalam mulut huhuuh.
Sedap lah sebab kopi panas-panas + kawww~
Depan kedai. Credit TripAdvisor
Alamat
Caffe Slasticarna - Aksaraj - Coffe&Cakes
Bascarsija 1, Sarajevo 71000, Bosnia and Herzegovina
Soup Tomato Daging + Ayam Bakar Sos Putih
Ok, saya betul-betul dah lupa kat mana kami makan ini sebab kedai ini sangat random ya.. kami jalan-jalan cari makanan pastu masuk dalam ini. Tak ramai orang di sini.
Saya ingat kedai ini bahagian atas tak ramai orang. Agak selesa nak berborak enjoy makanan. Harga spesifik tak ingat tapi masih mampu lah~
Roti ini memang banyak. tak abis kami makan. Portion dekat Sarajevo memang terbaik
Chicken grill dengan white sauce, tengok mushroom pun banyak dia bagi. pastu lagi wedges terbaik!
Ingat tomato rasanya ada daging cincang dalam macam sardine hahahahah
Kalau ada bajet yang lebih, boleh cuba makanan-makanan lain yang ada di Sarajevo. Ada baklava (manisan) yang ini kat Turki pun ada terpulang. Kopi boleh beli biji kopi yang mahal atau yang dan di proses. bagi saya kopi biasa dalam paket pun sedap. Memang tak menyesal beli.
Salam, Pada bulan September 2018, Kami berkesempatan untuk berkhemah untuk pertama kalinya di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson. Selepas tengah hari, agak sukar untuk mendapatkan parkir yang berdekatan dengan pantai sehinggalah lebih kurang 7.30 - 8PM. bila bernasib baik boleh dapat parking dari orang yang mahu keluar. Lazimnya akitivi berkhemah sering dilakukan sewaktu kita di bangku sekolah. Bila dah dewasa dan mulai kerja, aktiviti ini sedikit asing buat saya. Namun kali ini, untuk menggunakan cuti yang diberikan sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agung dan Awal Muharram, kami memutuskan untuk berkhemah di sini. Aktiviti yang kami lakukan sepanjang 1 hari 1 malam di sini adalah Mandi pantai Berkayak BBQ Berkhemah Mencari ketam Terdapat juga aktiviti air lain seperti banana boat, sebenarnya yang berkayak, kebetulan pada waktu itu ada seorang kakak tidak bisa menghabiskan waktu sewaan kayaknya, jadi kami mendapat kayak itu s...
Salam Semua! Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta. Dan kali ini kami ada singgah di Kolam Air Panas Jasin Melaka / Jasin Hot Spring setelah 2 hari berjalan di bandar Melaka dan kawasan sekitarnya~ Selepas sarapan lewat pagi dan checkout dari Casa Blanca Guest House kami menuju ke Jasin Hot Spring! Ok kami tak mandi lagi tau sebab nak pergi main air! Jasin Hot Spring menjadi pilihan sebab dia ada kolam air panas dan juga kolam renang biasa! Ruangan depan Kalau datang awal ke Jasin Hot Spring ada banyak ruangan parkir. Tak perlu berebut dengan orang lain. Kalau datang lewat mungkin susah sedikit. Loker untuk disewa RM2.00 sahaja! deposit RM10, jaga kunci elok-elok Untuk keselamatan barang, sebaik-baiknya simpanlah barang dalam loker. dan jaga kunci yang diberikan. kunci kami. Share bertiga hahaha. bawa barang sedikit sahaja kolam renang simple...
Comments
Post a Comment