Kisah Scammer dan Orang pelik di Budapest Liszt Ferenc International Airport
Assalamualaikum Semua! Saya nak berkongsi tentang Scammer dan orang-orang pelik yang ada di lapangan terbang eropah. Tahukah anda Lapangan terbang kita masih terbaik!! Ini kerana dari segi keselamatan kebersihan kebesaran saya rasa lebih baik dari sesetengah lapangan terbang yang pernah kami pergi. Peminjam Telefon Alkisahnya, kami terpaksa pergi ke Lapangan Terbang Liszt Ferenc, Budapest lebih awal dari perancangan asal. Kemudian nak dijadikan cerita, saya ingin ke tandas, bersihkan diri sementara itu Mira tunggu diluar. Semasa dia tunggu diluar, tiba-tiba ada seorang lelaki menghampirinya!!!! Pelik tak? Mira cerita bahawa lelaki tersebut minta tolong check kan tiket kapal terbang lelaki tersebut. Katanya dia terlepas kapal terbang yang patut dinaikinya. Jadi dia nak pinjam telefon Mira sebab internet dia dah mencapai limit. Free wifi di kawasan lapangan terbang terhad kepada 2 jam sahaja. Mira rasa pelik dan berwaspada. Maka dia tidak membenarkan lelaki tersebut untuk...