Makam Sahabat Nabi di Masjid Sultan Ayub, Istanbul Turki
Masjid Sultan Ayub, merupakan masjid pertama yang didirikan selepas Sultan Muhammad Al-Fatih menguasai kota Constantinople. Kredit gambar kepada www.tourmakerturkey.com Sejarah Sahabat Nabi di Kota Constantinople Sebelum penaklukan Sultan Muhammad Al-Fatih keatas Kota Constantinople(1453), banyak percubaan untuk mengepung dan penaklukan kota ini dilakukan oleh orang Islam. Ini kerana terdapat hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan bahawa kota ini akan jatuh ke tangan orang Islam. “ Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. pernah ditanya, “Kota manakah yang dibebaskan lebih dulu, Konstantinopel atau Roma?” Rasul menjawab, “Kotanya Heraklius dibebaskan lebih dulu, yaitu Konstantinopel.” (HR Ahmad, Ad Darimi dan Al Hakim) Kredit gambar kepada www.tourmakerturkey.com Maka sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari, telah membuat percubaan pertama dengan mengepung kota tersebut pada tahun 674 hingga 678. Namun cubaannya gagal. Beliau meninggal pada abad ke-7. Beliau di t...