Itinerary 2 hari 1 malam di Sarajevo, Bosnia
Sarajevo Kota Lama Penuh bersejarah Kami memasukkan Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina kedalam list trip Eropah kami kota yang penuh sejarah dan peperangan sehingga tahun 1995. Bosnia pernah menjadi negeri Banate of Bosnia yang bebas dari kuasaan Hungary walaupun tanahnya dilihat sebagai salah satu tanah Hungary. Kemudiannya berkembang menjadi Kerajaan Bosnia / Kingdom of Bosnia pada abad ke-14. Tidak lama selepas itu Bosnia dijajah oleh kerajaan Uthmaniyah pada abad tengah ke-15, tersebarlah ajaran Islam dan pengaruh-pengaruh kebudayaan Turki di sini. Kemudian dijajah lagi, menjadi dibawah kuasa monarki Austria-Hungary sehingga perang dunia pertama. Jatuh pula bawah kuasa Kerajaan Yugoslavia. Selepas Yugoslavia dibubarkan Bosnia berperang pula pada tahun 1992 sehinggalah tahun 1995. Akhirnya barulah terbentuk kerajaan sekarang di bawah nama Bosnia dan Herzegovina. Sarajevo Photo by ADEV on Unsplash Pernah menjadi wilayah penaklukan Kerajaan Uthmaniyyah Ba...