Saudi Airline Islamik habis dan Kita boleh Makan Sampai Kenyang
Setakat ini sis memang suka betul dengan Saudi Airline. Dia asyik bagi makan aja. Bila transit pun dia bagi makan lagi. Hahahah memang jimat betul dan tak lapar lah kalau naik Saudi Airline ini. Bagi sis hospitality dia memang A+. Makanan dah lah sedap banyak pula tu. Nasi Biryani dengan Ayam. Dapat buah + roti dan air epal + air mineral Dah makan bagi pula Air Teh dengan Gula-gula Alhamdulillah, memang tak ada masa nak rasa lapar ya dalam Saudi Airline ini asyik makan jer. Tambah pula long distance journey :D Ini gambar internet. Tapi masa time kami cerek teh dia memang besar hahaha. dapat minum refreshing wa;aupun di kelas ekonomi. Kredit kepada worldtraveladventurers.com Harga tiket yang Murah Kami dapat beli tiket murah dengan harga RM 1220.55 sahaja, dapat luggage extra, boleh cancel, dapat transit (6 jam jelah dekat Jeddah) Hah Bag kami dapat 46kg berat Super Saver yang lucky! Kalau tengok luggage allowance dekat bawah ini patutnya tak dapat check bagga...