Semua rakyat Malaysia patut lawat Taman Merdeka Johor
Assalamualaikum semua! Hari ini saya nak bercerita tentang Taman Merdeka Johor. Ok tujuan utama perjalanan dari Kuala Lumpur - Melaka - Johor adalah bertujuan untuk mempelajari susur galur dna Melayu saya sendiri selain daripada menikmati cuti pendek dan meluangkan masa bersama keluarga. Saya terjumpalah info tentang Taman Merdeka Johor, merupakan satu kawasan bekas paya dan taman percutian kini bertukar menjadi satu taman dan kawasan awam bagi memperingati sejarah Malaysia dalam mendapat kemerdekaan. Dalam pelan kawasan di atas kita dapat lihat ada 9 jenis laman di taman ini. Ya ia agak besar, sambil berjalan, sambil kita boleh memperingati sejarah yang berlaku di tanah air ini sehinggalah kita mendapat kemerdekaan. Saya rasa kawasan ini amat menarik bagi pelajaran luar buku teks untuk orang ramai melihat gambaran dan peristiwa-peristiwa menarik sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan. Laman Melayu Laman pertama yang kita akan lihat selepas memasuki kawas...