Charlie Checkpoint Berlin | Titik persimpangan antara Barat dan Timur Berlin
Salam Semua! Kita teruskan kembara kita. Dah lepas pergi kawasan Bradenburg Gate , peringatan Yahudi yang dibunuh , bangunan Parlimen , Soviet War Memorial , Topography of Terror , sekarang kita nak singgah di satu kawasan checkpoint/ sempadan antara Barat dan Timur Berlin. Pada tahun 1961 semasa Krisis Berlin, terdapat kereta kebal Amerika dan Soviet yang berjaga dan menghala antara satu sama lain di kawasan ini. Ini adalah salah satu tempat rasmi yang membenarkan keluar masuk warga asing mahupun diplomat Allied Forces (kuasa besar bersekutu) untuk keluar masuk ke dari Barat Berlin ke Timur Berlin dan sebaliknya. Terdapat dua bahagian checkpoint. Masuk ke Barat Berlin dan ke Timur Berlin. 1. Checkpoint yang dijaga oleh Amerika 2. Checkpoint yang dijaga oleh Soviet Namun begitu rakan Allied Forces tidak boleh menyeberangi / masuk ke Timur Berlin melalui keretapi atau stesen kereta api Berlin FriedrichstraĂźe . Pengalaman kami di sini ada nampak dua orang menga...