Masjid atas bangunan! dan Makanan Halal di Berlin, Jerman | Omar Ibn Al-Khattab Moschee | Kebab paling best pernah makan dekat Eropah
Salam semua! Lepas berjalan-jalan di Markthalle Neun , kami singgah solat di Masjid Omar Ibn Al-Khattab Masjid Omar Ibn Al-Khattab Terletak dekat dengan stesen U Görlitzer Bahnhof (Berlin) dari tingkap masjid memang boleh nampak stesen kereta api.Apa yang penting adalah masjid ini terletak kat bahagian atas sekali daripada bangunan ini. Gambar dari internet. Cantik kan. Seingat saya banyak pengaruh design dari Turki, dan ramai juga orang Turki yang menguruskan bangunan ini. Dalam bangunan ini ada kedai-kedai juga, perpustakaan. Solat lah sebelum kita disolatkan Seronok lah solat kat masjid, ada air bersih, tandas pun selesa ada air :D Lepas solat kami berehat, makan malam, solat balik dan pulang ke asrama Hostel O'Berlin Dekat Berlin ada banyak masjid lain. Tapi yang kami sempat ziarah hanyalah masjid Omar yelah trip 2 hari sahaja. Selainnya, kami solat di asrama. Untuk rujukan masjid-masjid lain boleh lawati laman Halaltrip ini. Lokasi: Wien...