Kolam Air Panas Jasin Melaka | Jasin Hot Spring RM10 jer!
Salam Semua! Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta. Dan kali ini kami ada singgah di Kolam Air Panas Jasin Melaka / Jasin Hot Spring setelah 2 hari berjalan di bandar Melaka dan kawasan sekitarnya~ Selepas sarapan lewat pagi dan checkout dari Casa Blanca Guest House kami menuju ke Jasin Hot Spring! Ok kami tak mandi lagi tau sebab nak pergi main air! Jasin Hot Spring menjadi pilihan sebab dia ada kolam air panas dan juga kolam renang biasa! Ruangan depan Kalau datang awal ke Jasin Hot Spring ada banyak ruangan parkir. Tak perlu berebut dengan orang lain. Kalau datang lewat mungkin susah sedikit. Loker untuk disewa RM2.00 sahaja! deposit RM10, jaga kunci elok-elok Untuk keselamatan barang, sebaik-baiknya simpanlah barang dalam loker. dan jaga kunci yang diberikan. kunci kami. Share bertiga hahaha. bawa barang sedikit sahaja kolam renang simple...