Kolam Air Panas Jasin Melaka | Jasin Hot Spring RM10 jer!
Salam Semua!
Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta.
Dan kali ini kami ada singgah di Kolam Air Panas Jasin Melaka / Jasin Hot Spring setelah 2 hari berjalan di bandar Melaka dan kawasan sekitarnya~
Selepas sarapan lewat pagi dan checkout dari Casa Blanca Guest House kami menuju ke Jasin Hot Spring!
Ok kami tak mandi lagi tau sebab nak pergi main air!
Jasin Hot Spring menjadi pilihan sebab dia ada kolam air panas dan juga kolam renang biasa!
Kalau datang awal ke Jasin Hot Spring ada banyak ruangan parkir. Tak perlu berebut dengan orang lain. Kalau datang lewat mungkin susah sedikit.
Untuk keselamatan barang, sebaik-baiknya simpanlah barang dalam loker. dan jaga kunci yang diberikan.
Semua dekat atas kolam itu boleh bermain dan berkongsi bersama. Ini bahagian kanak-kanak kurang dalam
Rating
★★★☆☆
Price
★★★★☆
Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta.
Dan kali ini kami ada singgah di Kolam Air Panas Jasin Melaka / Jasin Hot Spring setelah 2 hari berjalan di bandar Melaka dan kawasan sekitarnya~
Selepas sarapan lewat pagi dan checkout dari Casa Blanca Guest House kami menuju ke Jasin Hot Spring!
Ok kami tak mandi lagi tau sebab nak pergi main air!
Jasin Hot Spring menjadi pilihan sebab dia ada kolam air panas dan juga kolam renang biasa!
Ruangan depan |
Kalau datang awal ke Jasin Hot Spring ada banyak ruangan parkir. Tak perlu berebut dengan orang lain. Kalau datang lewat mungkin susah sedikit.
Loker untuk disewa RM2.00 sahaja! deposit RM10, jaga kunci elok-elok |
Untuk keselamatan barang, sebaik-baiknya simpanlah barang dalam loker. dan jaga kunci yang diberikan.
kunci kami. Share bertiga hahaha. bawa barang sedikit sahaja |
kolam renang simple |
yang bahagian taman permainan ini macam bahaya jer ;d |
Shark Slider ini paling best. Saya pun main tahu! walaupun dah besar |
gambar internet ruangan kolam kaki |
Saya tak snap pula kawasan air panas. Ramai dekat situ, ada bahagian lelaki dan perempuan. Ada juga kawasan berendam kaki. Ada juga kolah yang kita boleh cedok air panas untuk mandi dahulu sebelum berendam untuk elakkan badan kita terkejut tiba-tiba. Cuma jujur, banyak kulit mati dan binatang dalam kolam itu...Kotor lah juga :P, yang kolam dekat luar nampak bersih (kawasan pool) tapi ada bau sedikit.
Surau tersedia |
Bawa sabun siap-siap ya, tiada sabun dekat dalam ini. Tapi boleh mandi salin baju semua. |
Dengan harga yang kita dapat, tak boleh lah nak expect macam-macam kan~
Boleh bawa makanan masuk. yes. Dan ada juga orang jual makanan dekat dalam ini. Harga pun berpatutan. Jimat bawa makanan sendiri. Kalau nak BBQ pun boleh ~
Saya rasa tempat ini ok nak singgah, specially on strict budget. Kalau tidak boleh lawati tempat-tempat lain~
Harga Tiket:
Dewasa : RM10 (Semua kawasan & Permainan)
: RM6.50 (Tidak termasuk shark area)
Kanak-kanak : RM4.50
Harga Loker:
RM2
Deposit Loker:
RM10
Waktu Operasi:
Isnin 3ptg - 12 mlm,
Jumaat-Sabtu 9pg hingga 2pg
Hari lain 9pg - 12mlm
Lokasi:
Jalan Kolam Air Panas, Mukim Bemban, 77200 Jasin, MelakaRating
★★★☆☆
Price
★★★★☆
Comments
Post a Comment