Muzium Kapal Selam Melaka bernilai RM3.4billion di Melaka!
Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta. dan antara tempat yang kami singgah adalah di Muzium Kapal Selam Melaka.
Tertarik akan size nya yang besar dan bentuknya seperti ikan Paus! maka kami pun berjalan-jalan di sini.
Bila masuk kedalam muzium kita dapat lihat bagaimana kehidupan atas kapal ini. Meskipun dari luar saiznya agak besar tapi bahagian dalam agak sempit.
Kita boleh melihat bahagian kawalan enjin kapal, dan ruang lancar torpedo dalam tuh!, tempat tidur, bilik air, dapur dan pelbagai lagi.
Katanya kat sini boleh sewa kalau nak tidur semalaman. Tapi seram kowt!
Sangat digalakkan untuk datang ke sini. Memang berbaloi sebab boleh tengok bahagian dalam dan imagine bagai mana anggota tentera laut mengemudi kapal ini.
Kapal selam RM3.4 billion! SMD Ouessant Agosta 70 |
Banyak ruang parkir percuma di luar Muzium Kapal Selam Melaka |
Pintu masuk, ada cafe kat dalam |
Info:
Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 7 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.
Fokus utama pameran dan peragaan Muzium Kapal Selam SMD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita. Turut dipamerkan ialah model kapal selam, diorama, audio visual, lukisan, peta lama dan artifak seperti pakalan pelatih dan sebagainya.
Objektif penubuhan Muzium Kapal Selam Adalah;
• Sebagai tempat menyebarkan iimu pertahanan negara secara berkesan khususnya mengenai sejarah dan peranan kapal selam;• Sebagai warisan nilai sejarah yang mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara maritim;
• Menyuburkan minat semua lapisan masyarakat supaya mengenali dan memahami sistem pertahanan negara;
• Sebagai kenangan yang didedikasikan untuk para pejuang negara khususnya anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); dan
• Sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan mengenai maritim.
Comments
Post a Comment