Cara untuk mengunjungi Hallstatt dengan Tiket Train Murah
Salam semua!
Untuk pergi ke tempat yang sarat dengan pelancong dari serata dunia yang mahu menikmati keindahannya (Hallstatt Village), dengan budget yang amat sedikit bukanlah mudah..
Hallstatt Village credit kepada travel partner yang snap! |
Setelah menyemak beberapa online ticketing system, kami akhirnya menggunakan OEBB / OBB untuk membeli tiket secara online ke Hallstat dari Vienna Main Railway Station atau Wien Hauptbahnhof.
Harga biasa, dengan pilihan waktu yang terhad dan transit yang panjang sekurang-kurangnya untuk satu tiket dewasa sehala adalah
minimum : 24.00 euro / rm110.40
maximum : 55.50 euro / rm252.99
Mahal bukan!!!!!!!!
Dan kami beli sebulan awal dan berjaya mendapat harga serendah
19.00 euro / rm87.40
sahaja!untuk sehala. total dua hala adalah
38.00 euro / rm174.80
total perjalanan adalah 3jam 29m, satu stesen transit sahaja.
Perjalanan kami bermula seawal 5:55am. Kenapa seawal 5:55am? Memandangkan ticket yang kami dapat itu murah kami ambil risiko untuk
bertolak dari Prague (Czech Republic) ke Vienna (Austria) malam sebelumnya.
Maka kami tiba di stesen Vienna pukul 4.50am pagi. Hanya ada satu jam untuk bersiap (bersihkan diri tapi tak mandi :D) + solat.
Tiada ruang solat khas untuk orang Islam di Vienna main station. Rupanya ruang yang ada hanyalah untuk penganut Kristian, ada salib semua :D . Jadi boleh solat di ruang simpanan locker.
Simpan di ruang locker boleh guna locker besar untuk dua orang dan spend 1.25 euro seorang.
Selepas solat, kami gegas mengejar train. Train akan bergerak tepat pukul 5:55am. Jadi kena cepat, jangan lewat tau!
Stesen Vienna sangat besar,modern,selesa |
Kereta api pertama RailJet |
Salah satu station sebelum sampai ke Hallstat credit pada travel partner yang snap |
Perjalanan ke Hallstatt amat-amatlah digalakkan. Sebab scenery dia yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Memang worth harga tiket tadi.
Saya pergi ke sana lebih focus pada video. Boleh lihat video tentang perjalanan kami dari Vienna ke Hallstat
Setibanya di Hallstatt, kena naik Ferry untuk ke kampung Hallstatt. Maka lagi 5 euro / RM23 seorang, return ticket.
Total keseluruhan adalah 43 euro / rm197.80 seorang! kat sana ada lagi hahaha kalau nak pergi toilet kena charge! nanti saya post lebih details tentang Hallstat Village.
Enjoy video lagi satu naik ferry.
Comments
Post a Comment