Scoot Flight Penerbangan Murah Selain dari Air Asia
Salam semua,
Post kali ini ada kena mengena dengan trip Timur Eropah 2018 saya!
Pernah tak anda terbang tinggi di awan nano dengan Scoot Airline?
Sebenarnya saya pun tidak tahu kewujudan Scoot Airline, sampai lah satu hari terserempak dekat internet.
Scoot Flight adalah penerbangan tambang murah dari Singapura, dan adalah bawah naungan Singapore Airlines guys! Untuk tahun 2019, Scoot punya ranking dalam World’s Best Low-Cost Airlines 2019 adalah yang ke-11. Pertama still Air Asia! Power!
Itulah jelah perkongsian! Kalau yang tercari-cari info tu, jangan risau Scoot Airline ok jer! InsyaAllah sampai ke destinasi
Post kali ini ada kena mengena dengan trip Timur Eropah 2018 saya!
Pernah tak anda terbang tinggi di awan nano dengan Scoot Airline?
Sebenarnya saya pun tidak tahu kewujudan Scoot Airline, sampai lah satu hari terserempak dekat internet.
Scoot Flight adalah penerbangan tambang murah dari Singapura, dan adalah bawah naungan Singapore Airlines guys! Untuk tahun 2019, Scoot punya ranking dalam World’s Best Low-Cost Airlines 2019 adalah yang ke-11. Pertama still Air Asia! Power!
Apa yang bestnya Scoot Flight Ni?
- Route-route yang Air Asia tak cover ke Eropah:
Apa yang saya suka tentang Scoot Flight adalah kerana dia akan transit dekat Singapore dan membolehkan route-route jauh di Eropah seperti Germany, Paris, Denmark, Greece, Bulgaria, Belgium dan banyak lagi! - Hand carry 10kg:
Penerbangan Scoot Flight juga selesa. Dan untuk hand carry kita dibenarkan untuk membawa 10kg beg. Sangat-sangat berbaloi. - Harga sangat-sangat berpatutan:
Betul ia tidak termasuk check in bag + in flight meals tapi, setelah buat pemerhatian, kalau kita ni memang nak bagpack travel, harga yang diberikan sangat mesra. - Selesa:
Semasa penerbangan jauh kami dari selepas bertolak dari Malaysia, iaitu dari Singapore ke Berlin, Germany, kerusi yang kami duduk agak luas, dan banyak ruang kosong yang membolehkan kami tidur di kerusi-kerusi kosong :DBanyak kosong, seat pun besar untuk long flight Perasan tak tempat letak beg dia pun besar + tinggi
Yang tak best pula?
- Manual check in dari Malaysia
Untuk mendapatkan boarding pass, memang kena manually check in dari kaunter. Belum ada mesin self check in di KLIA2 untuk Scoot Airline
(Web check in available only for all Scoot flights departing from Singapore, Bangkok-BKK, Chiang Mai, Phuket, Perth, Gold Coast, Sydney, India, Seoul, Japan and Berlin) - Pemeriksaan ketat sebelum dapat boarding pass
Disebabkan kami bakal travel di Timur Eropah, mereka minta semua itinerary, takut kami duduk sana terlebih masa atau sebagainnya. Jadi pastikan anda membawa semua dokumen bukti di mana anda akan tinggal dan bila pulang balik ke Malaysia - In flight meal mahal!
Hari itu kami dahaga sangat 14jam dalam flight!. nak beli lah air. kalau tak salah 4 SGD/ RM12 satu air tin ini, sebab harga dia dalam SGD ha ha ha. kalau nak selamat boleh beli package awal-awal, tapi rasa still mahal dari Air Asia yang boleh dapat set RM10 sahaja untuk tempahan awal.Seyes sedap. Pelik tapi sodap hahaha Honey Sparkling credit to travel partner snap Ini botol 330ml, share dua orang. Time ini memang dahaga giler. Lupa nak seludup air. Nikmat. dan bersyukur sangat credit to travel partner snap
Comments
Post a Comment