Salam Guys!
Hari ini saya nak bercerita dan rekomen asrama yang kami tinggal di Berlin!
Asrama ini nama dia O'Berlin!!!
|
Fasad depan bangunan Hostel O'Berlin cantik kan! ada ATM kat tepi tu; Gambar Internet |
Asrama ini memang dekat dengan stesen kereta api (10 min berjalan atau 550meter jarak) , shopping complex
Gesundbrunnen Center dari luar nampak besar giler shopping complex tu. Jangan lupa singgah Aldi ala2 tesco / nsk ha ha ha .!. Lokasi dia strategic. Tidak terlalu jauh dengan bandar lebih kurang 15-20 min naik kereta api!
|
memang dekat dengan train stesen, dan shopping mall~ |
|
|
Shopping Mall berdekatan!ada 100 kedai kat dalam. tapi kami tak pernah masuk ha ha ha. Sekejap sangat kat Berlin, tak sempat. Plus kami perempuan, takut nak keluar lama-lama waktu malam. |
Kenapa saya suka sangat asrama ini?
- Ada dorm untuk perempuan sahaja
- Satu dorm 8 orang share 2 toilet dalam dorm itu
- Luas kawasan dorm, senang nak solat.
- Toilet sangat-sangat bersih dan selesa (yang dalam dorm yang kat kawasan luar untuk orang luar kurang skit)
- Toilet dia sekali dengan shower, ada sinki; untuk kita yang dah biasa buang air besar/kecil pakai air memang sangat convinient! tapi kena lah bawa botol kecil dan jaga kebersihan ya(lap tandas)
- Reception sangat-sangat friendly dan efficient. Mereka buat kerja sungguh-sungguh ya, tiada membawang.
|
Toilet ada dua dalam dorm jadi tak berebut sangat |
|
Bersih kan! dapat sabun + shampoo juga. Kadang-kadang dekat hostel lain tak dapat..apa-apa pun be prepared! |
|
ada dua plug kat situ. Heater pon berjalan jadi tak sejuk sangat. |
|
ada locker juga. kena bawa kunci sendiri ya! |
|
Bilik kami! |
|
Laluan nak ke bilik |
Boleh letak bag ke kalau sampai awal?
Ye boleh! dia ada satu ruang untuk letak bag kalau kita sampai sebelum waktu check in. Sama juga kalau kita nak berjalan lepas checkout. boleh tumpang bag!
Boleh masak ke?
Masak yang pakai dapur memang tak dapatlah. Paling-paling pun masak meggi guna air panas heater. Tapi heater dia macam pelik sedikit dengan ada karat tercabut. ha ha ha
Jangan lupa bawa mangkuk atau pinggan, sudu plastic, sebab susah juga bila semua benda nak kena pinjam kan~
Kos penginapan kami:
3 hari 2 malam
RM
128.26
1 malam == RM64.13
Dalam kawasan asrama ini ada juga vending machine, kalau nak beli drinks /snacks~
|
Kawasan menunggu ada plug, kerusi, buku; Gambar internet |
|
Ruang makan. memang selesa. Untuk yang nak breakfast buffet boleh beli~ ; Gambar internet |
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang service yang mereka offer boleh lawati laman
rasmi asrama
dan kami book menggunakan
hostelworld.com
Lokasi:
Hostel O'Berlin
JĂĽlicher Str. 14, 13357 Berlin, Germany
Google Maps Location + Info + Reviews
Comments
Post a Comment