Stesen Bas di UAN Florenc Prague, Czech Republic
Salam semua! Setelah menaiki bas selama 3 jam dari Berlin Schonefeld Airport akhirnya kami tiba di Prague! Kami memilih untuk berhenti di Stesen Bas UAN Florenc Prague bagi memudahkan lagi urusan travel seterusnya. Kami tidak akan duduk lama di Prague, 1 hari sahaja dan malam itu juga kami bertolak ke Vienna. UAN Florenc adalah terminal bas utama di Prague! Bahagian luar stesen bas ; Gambar dari internet Ruangan dalam Terminal Hall 1; waktu pagi tak ramai orang. Kaunter beli tiket, tapi kami dah beli siap-siap semua online. Malam ramai penuh Buka Pukul 5 AM Saya ingin bercerita tentang stesen ini terlebih dahulu. Memandangkan kami tiba pukul 4:30 AM, ruangan dalam stesen in masih lagi belum buka. Ya Allah ya Tuhanku, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya nak tunggu pukul 5AM itu. Kenapa? Ini disebabkan waktu itu sedang hujan renyai-renyai dan menyebabkan kami kesejukkan dalam menunggu. Dua Dewan Terminal Boleh tengok peta interaktif di laman sesawang ras...