Setakat ini sis memang suka betul dengan Saudi Airline. Dia asyik bagi makan aja. Bila transit pun dia bagi makan lagi. Hahahah memang jimat betul dan tak lapar lah kalau naik Saudi Airline ini. Bagi sis hospitality dia memang A+.
Makanan dah lah sedap banyak pula tu.
|
Nasi Biryani dengan Ayam. Dapat buah + roti dan air epal + air mineral |
Dah makan bagi pula Air Teh dengan Gula-gula
Alhamdulillah, memang tak ada masa nak rasa lapar ya dalam Saudi Airline ini asyik makan jer. Tambah pula long distance journey :D
|
Ini gambar internet. Tapi masa time kami cerek teh dia memang besar hahaha. dapat minum refreshing wa;aupun di kelas ekonomi. Kredit kepada worldtraveladventurers.com |
Harga tiket yang Murah
Kami dapat beli tiket murah dengan harga RM1220.55 sahaja, dapat luggage extra, boleh cancel, dapat transit (6 jam jelah dekat Jeddah)
Hah Bag kami dapat 46kg berat Super Saver yang lucky!
Kalau tengok luggage allowance dekat bawah ini patutnya tak dapat check baggage banyak tu.(Fare V), kami sangat bernasib baik beli ticket murah lepas itu dapat pula beg EXTRA 46KG! omg. hahaha
Alhamdulillah. Perjalanan dari Turki-Malaysia singgah di Jeddah.
Saudi Airline tidak Menjamu Alkohol
Bagusnya Saudi Airline dia ada polisi yang tidak membenarkan minuman keras /alkohol dijamu. Kalau ada yang membawa ke atas kapal terbang tidak dibenarkan. Alhamdulillah. Ramai orang bukan Islam komplen pasal ni hahah.
Banyak lah barang kemudahan dan beg percuma untuk kanak-kanak
Kalau orang dewasa dapatlah penutup mata, berus gigi, ubat gigi, stoking, earphone tu, budak-budak dapat beg comel, ada buku, sticker dalam tu hahaha.
Short transit dekat Jeddah boleh lepak dekat Lounge dia, ramai juga orang boleh lah rehat + free food
Keluar dari kapal terbang, tiba di Jeddah ada satu lounge kecik kita akan lalu. Once dah masuk, boleh keluar. dah keluar boleh masuk balik tapi susah skit lah kalau kawan cari tak jumpa(kes saya haha). Lepak jer dekat transit lounge tu sampai next flight. dekat situ boleh tidur agak better dari dekat luar. boleh claim makanan minuman. Kalau dekat luar ramai orang sebab Jeddah kan orang pergi buat Haji/Umrah. Penuh manusia. Tandas dia pun teramatlah penuh. Solat pun penuh semua penuh. hahha. kalau tak ada apa-apa baik duduk jer kat situ. Dekat luar ada lah beberapa kedai boleh guna card credit kalau nak membeli sebab takder riyal. Kurma pun boleh beli. Lagi murah dari kat Malaysia.
Pakaian tidak boleh terlalu mencolok mata kalau tak tak boleh naik kapal terbang ya & tak boleh buat benda pelik-pelik ~
So far Saudi Airline memang antara airline favourite saya, bukanlah semata-mata pada free gift dan benda yang kita dapat, tetapi juga kemesraan cabin crew mereka :D
Comments
Post a Comment