1 Hari Berjalan di Old Town Prague
Salam Semua, Semasa berjalan di Prague, hari tersebut sebenarnya hujan. Jadi cuaca teramat-amat sejuk..Sampai nak tangkap gambar pun tak sanggup sebab sejuk sangat nak kena pakai sarung tangan. Dalam banyak-banyak negara yang saya lawati semasa trip Tengah dan Timur Eropah di musim luruh, Prague di Czech Republic lah paling sejuk. Suruh saya jalan 10km pun tidak mengapa sebab terlalu sejuk bagi saya dan saya tidak boleh duduk diam sahaja, perlu bergerak. Pengangkutan Sepanjang berada di Prague, kami menggunakan daily pass yang berharga 110CZK / RM19.85 / 4.29 Euro. Ya, daily pass dia lebih murah berbanding dengan Berlin, di Jerman. Daily pass ini kami gunakan untuk menaiki kereta api , tram dan juga bas. Pertama sekali saya menggunakan google maps untuk mendapatkan nama tram/train/bas yang kena naik lepas tu boleh semak kembali dengan jadual rasmi & route di laman rasmi syarikat pengangkutan Pražská integrovaná doprava , Yang saya perasan sistem train Prague agak tally ...