Istana Bukit Serene Kediaman Di Raja Johor
Salam Semua! Ok tujuan utama siri perjalanan dari Kuala Lumpur - Melaka - Johor adalah bertujuan untuk mempelajari susur galur DNA Melayu saya sendiri selain daripada menikmati cuti pendek dan meluangkan masa bersama keluarga. Kali ini kita bercerita tentang Istana Bukit Serene di Johor, yang tidak jauh dari Danga Bay . Boleh singgah selepas / sebelum melawat Danga Bay Istana Bukit Serene ini dibina pada tahun 1937, merupakan hadiah kerajaan Johor kepada Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar. Sultan Johor yang ke 21, dan Sultan Johor Moden yang ke-2. Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah ruangan replika Mahkota Johor. Dalam catatan sejarah, Istana Bukit Serene ini pernah membantu tentera Jepun dalam melakukan serangan keatas Singapura. Ini kerana dalam Istana ini ada satu menara setinggi 35m yang menghadap ke arah Singapura. General Yamashita telah menggunakan menara tersebut melihat kedudukan tentera Australia di seberang selat Johor. Dan Yamashita berangga...