Zoo Negara Malaysia
Info berkenaan Zoo Negara Malaysia
Zoo Negara Malaysia dikendalikan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama untuk rakyat Malaysia. Zoo Negara dibuka secara rasminya pada 14 November 1963 dan telah menjadi zoo yang terkenal di seluruh dunia. Kami mempunyai lebih daripada 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur. Sejak kebelakangan ini, zoo telah mengubah dirinya menjadi zoo konsep terbuka dengan lebih daripada 90% haiwannya disimpan di pameran yang luas dengan pemandangan yang bersesuaian. Kami sedang berusaha memastikan konsep zoo lama diubah sepenuhnya.
Sebelum pergi Zoo Negara plan dulu perjalanan di sana
Pertama kita hendaklah merancang pada waktu bila yang lebih sesuai untuk kita melawat Zoo Negara dan tidak terlepas dengan aktiviti menarik seperti Pertujukan Haiwan dan Memberi Haiwan Makanan. Pertunjukkan Haiwan ini memang sangat menarik dan menghiburkan. Saya cadangkan anda untuk turut join aktiviti tersebut!Peta Zoo Negara Part 1 kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Peta Zoo Negara Part 2 kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Naik Tram ke Jalan kaki?
Tram Zoo Negara Kredit kepada alittleparadiseofmine.blogspot.com |
Masa saya pergi Zoo saya bawa anak buah dua orang kecil lagi bawah 7 tahun. Betul panas dan rasa macam nak naik tram sahaja. Tapi kalau kita nak lawati dengan lebih dekat dan hayati sepuas-puasnya baik jalan kaki. Kalau penat berhenti berehat. Air minuman mesti bawa biar cukup. Pakai payung semua..Kalau ada topi pakai topi juga sebab panas :D
Harga Tram
Taman Rama-rama
Replika Rama-Rama besar |
Rama-rama |
SubhanaAllah, memang tenang dan menyeronokkan bila tengok haiwan, pokok dengan dekat. Seronok sangat! Ada penerangan macam mana Rama-rama makan. Rama-rama makan dengan mengambil nektar / makanan cecair dari pokok bunga menggunakan belalainya.
Seronok Anak buah Usha rama-rama |
Marmoset |
Monyet saiz telapak tangan anda? Zoo Salah satu spesies monyet terkecil yang dipanggil marmoset umum dari Underwater World, Langkawi. Asalnya dari Brazil, mereka juga dikenali sebagai marmoset Benar atau marmoset putih-bulu-telinga ketika mereka mengembangkan tuff putih yang meluas dari sisi mukanya ketika mereka berumur. Dengan hati-hati memerhati marmoset yang suka bermain-main ini, mereka boleh dikenal pasti secara individu dengan watak-wataknya yang unik. Ketiga-tiga mereka dinamakan Bella, Del dan Mar.
Berjemur kejap *Marmoset |
Marmoset |
Kura-kura pun ado! |
Kura-kura menyelam bosan |
Boleh tengok proses kejadian rama-rama |
Depan Butterfly Garden. Hahaha. Panas - panas! |
Tengok Burung Botak Upeh di Tasik Tunku Abdul Rahman
Burung Botak Upeh |
Spesies yang dianggap terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN), burung botak upeh (Mycteria cinerea)
Burung berkenaan adalah jenis yang sensitif dan sukar membiak jika habitatnya terganggu sama ada berpunca dari manusia atau pembangunan.
Dari segi penjagaan terutama makanan ia tidak terlalu sukar kerana
burung berkenaan makan ikan dan cara pemberian makan adalah dengan
meletakkan ikan (mati) dalam kolam air agar ia boleh makan sendiri
seperti semula jadi.
Zirafah yang Kacak ada disini :D
Zirafah adalah mamalia berkuku genap, yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga 900 kilogram. Zirafah betina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.
Aku nak makanler (kata Zirafah) |
Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan di kawasan padang rumput savana kering, tetapi zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain.
Diet Zirafah kebanyakannya daun meragut acacia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan tumbuhan yang lain.
Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjang membolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk kedalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.
Zirafah Tinggi giler |
Ketinggian melampau zirafah bererti untuk minum ia perlu mengangkangkan kakinya, malah melutut. Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.
Tapir sedang tidur!
Tapir lampir? |
Kira-kira saiz keldai. Mereka mempunyai badan bulat, kaki pendek dan ekor rapi, semacam badak sumbu. Mata dan telinga mereka kecil. Mereka mempunyai empat jari kaki di setiap kaki depan dan tiga kaki di setiap kaki belakang.
Ciri yang paling tersendiri ialah moncong mereka. Ia fleksibel seperti batang gajah. Walau bagaimanapun, batang tapir sebenarnya adalah bibir atas dan hidungnya. Tapirs boleh merebut sesuatu dengan batang mereka, agak seperti gajah. Mereka menggunakannya untuk memetik daun dan buah daripada pokok, dan kemudian meletakkan barang-barang ini di mulut mereka. Ketika terancam, tapirs akan menenggelamkan diri di sungai dan menggunakan jerat mereka seperti snorkeling.
Singa Menguap ler!
Cantik janggut abang |
Kenapa singa ada janggut? Mengikut teori Charles Darwin janggut singa dianggap sebagai perlindungan leher dan tekak dalam pergaduhan wilayah dengan saingan
Singa menguap ke mengaum hehehe |
Aik semua pakat tidur ni dah kenapa! Harimau Bengal Putih ???
Harimau Bengal Putih merupakan haiwan mamalia berspesis Tigris, yang jenis karnivor (makan daging) dari keluarga Felidae. Ditemui di India dengan populasi yang lebih kecil di Bangladesh, Nepal, Bhutan, China dan Myanmar.Tinggal di kawasan hutan lebat kering dan basah, hutan rumput dan hutan bakau. Harimau Bengal merupakan harimau yang paling banyak daripada 6 spesies sub-harimau. Juga dikenali sebagai 'Harimau India'.Lapisan putih disebabkan oleh alel resesif ganda dalam kod genetik yang berlaku sekali dalam setiap 10 000 kelahiran. Semua harimau putih disilangkan sebagai gen resesif yang menyebabkan saraf optik berwayar ke bahagian otak yang salah.
Harimau putih pada mulanya diburu sebagai sebahagian daripada aktiviti sukan.
Tidur Tidur Harimau Bengal |
Warna putih berjalur itam ya |
Harimau Bengal |
Harimau Malaya makin pupus! kita wajib tahu akan spesis harimau ini!
Rimau! |
Harimau Malaya adalah populasi Panthera tigris tigris di Semenanjung Malaysia. Ia mendiami bahagian selatan dan tengah Semenanjung Tanah Melayu, dan telah dikelaskan sebagai Terancam Terancam pada Senarai Merah IUCN pada tahun 2015. Terdiri daripada kira-kira 250 hingga 340 harimau dewasa pada tahun 2013, dan mungkin terdiri daripada kurang daripada 200 pembiakan matang individu dan mempunyai trend penurunan.
Ia juga dikenali sebagai harimau Indochinese selatan, untuk membezakannya dari populasi harimau di bahagian utara Indochina yang berbeza secara genetik kepada populasi ini.
Seronok tidur bawah pokok ni |
Harimau Malaya nampak lebih kecil daripada harimau Bengal. Dari ukuran 11 lelaki dan 8 perempuan, panjang purata lelaki ialah 8 kaki 6 inci (259 cm), dan perempuan 7 kaki 10 inci (239 cm). Panjang badan 16 harimau betina di Negeri Terengganu berkisar antara 70 hingga 103 pada (180 hingga 260 cm) dan purata 80.1 pada (203 cm). Ketinggiannya berkisar antara 23 hingga 41 dalam (58 hingga 104 cm), dan berat badan mereka dari 52 hingga 195 lb (24 hingga 88 kg).
Binturong haiwan berbau sedap seperti Popcorn
Binturong! |
Musang Binturong (bahasa Inggeris: Binturong, Malay Civet Cat, Asian Bearcat, Palawan Bearcat, atau cuma Bearcat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Arctictis binturong.
Musang Binturong adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : tergolong dalam keluarga : . Musang Binturong adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Binturong tidur |
Haiwan ini mengeluarkan aroma atau bau seperti popcorn yang dipanaskan dengan mentega. Bau itu berasal dari air seninya yang tersebar di cabang-cabang dan daun yang berada di sekitar mereka.
Savannah Cafe Mahal tapi memang lah tengah-tengah zoo!
Lepas penat berjalan, kami pun singgah di cafe ini kerana kepenatan dan kepanasan. Beli lah ice-cream, harga RM4 untuk yang biasanya kat kedai RM1 jer.Bagi saya sangat-sangat mahal tapi nak buat macam mana kan they need to survive in the middle of zoo hahaha. Kami ada bawa bekalan makanan nasi lauk sendiri. Jadi lepak kat sini makan minum dulu.
Savannah Cafe |
Nak Tengok unta tak perlu pergi negara Arab
Unta berbonggol |
Unta ialah satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:
Camelus dromedarius (ponok tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat;
Camelus bactrianus (ponok kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae: dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika Selatan: Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna. Nama unta dalam bahasa Inggeris camel datang melalui bahasa Greek κάμηλος (kámēlos) daripada bahasa Arab جمل (jamal) atau bahasa Ibrani גמל (gahmal).
Unta Camelus Bactrianus mempunyai dua lapis bulu: selapis bulu halus yang hangat di dalam, serta selapis bulu yang panjang dan kasar di luar. Haiwan ini menggugur kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8 sentimeter) dipintal menjadi yan untuk kaitan. Unta menghasilkan 5 paun (2 kilogram) bulu setahun.
Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya, dan sebagai haiwan tenaga.
Semua pakat-pakai tidur :facepalm. |
Hyena ke ni?
Hyena berguling lonely |
Hyenas atau hyaenas (dari Yunani Kuno ὕαινα húaina ) adalah mamalia feliform karnivora keluarga Hyaenidae / haɪɛnɪdiː /. Dengan hanya empat spesies yang masih ada (dalam tiga genera), ia adalah keluarga biologi kelima terkecil di Carnivora, dan salah satu yang terkecil dalam kelas Mamalia. Walaupun kepelbagaiannya rendah, hyena adalah komponen unik dan penting dalam kebanyakan ekosistem Afrika.
Berendam abis Badak ini.
Badak berendam dalam air bestnye sejuk panas-panas nim! |
Lima spesis badak yang ditemui iaitu Badak Hitam (Diceros bicornis), Badak Sumbu Putih (Ceratotherium simum) di Afrika, Badak Kerbau (Dicerorhinus sumatrensis), Badak Sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan Badak Raya (Rhinoceros sondaicus) di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung yang mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya spesis badak sumbu yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
Buaya berendam bestnya
Buaya Bahaya! |
Buaya Buaya |
Animal Show terbaik dari Zoo Negara
Ini memang salah satu pertunjukkan menarik dari trainer-trainer zoo negara keatas binatang-binatang seperti Singa Laut melompat ke dalam gegelung, dan berenang-renang, bermain bola :D.Burung Nuri yang bijak meneka bekas yang berisi, Burung Cockatoo yang pandai mendengar arahan dan terbang ke tangan pelawat untuk mendapatkan treats!
Ayam keluar reban pun ada tau lari dalam keadaan selari hahaha.
Ada juga aktiviti interaksi dengan pengunjung. Boleh dapat hadiah kalau sertainya bila emcee panggil hahaha.
Animal Show setiap 11pagi dan 3petang ya hari-hari!
Tips untuk enjoy animal show dengan tenang dan gembira; pastikan anda tiba di kawasan amphitheatre lebih awal dalam 10-20minit sebelum pertunjukkan bermula ini kerana pada hujung minggu atau cuti sekolah sangat ramai pengunjung yang berebut untuk duduk dan tak cukup ruang..maka bersedialah awal-awalnya. nanti penat pula nak dukung anak sepanjang persembahan tu nanti.
Full house tau! |
Pameran-pameran atau kawasan haiwan-haiwan yang lain..
Giant Panda Conservation Centre
Panda comel. Kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Peluang untuk melawat Panda yang diimport khas dari China, katakan Hi kepada Xing Xing dan Liang Liang dalam kawasan khas yang dilengkapi dengan air cond ya (bayaran masuk tambahan dikenakan). Boleh lihat mereka yang comel itu makan buluh pada waktu keriangannya :D.
Burung Enggang
Daripada 10 jenis Burung Enggang yang boleh ditemui di Malaysia, anda boleh menemui 7 spesis Burung Enggang di Zoo Negara. Pusat Enggang baru ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai pusat pembiakan untuk Enggang Besar, Enggang Rhinoceros, Enggang berkedut dan Enggang Oriental Pied.Pasangan Enggang untuk kehidupan dan mereka mempunyai tingkah laku bersarang yang unik. Enggang betina akan mengelak dirinya sendiri dan telurnya di dalam lubang pohon dengan lumpur, meresap makanan dan kelebihan dan akan meninggalkan lubang kecil untuk menerima makanan dari Enggang jantan. Jauhkan tahap suara anda apabila anda berjalan-jalan di pusat Enggang, burung Enggang betina mungkin akan menenggelamkan telurnya.
Burung Enggang Kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Rumah Reptilia
Rumah Reptilia Zoo Negara mempunyai pameran dalaman dan luaran. Temui buaya terbesar di dunia - buaya Air Tasik atau Estuarine yang bermalas-malasan di kolam mereka.Cuba uji jika anda boleh membezakan antara log terapung atau buaya. Bagi mereka yang ingin melihat versi kecil buaya Estuarine, menuju ke pameran Kerdil Afrika Kerdil. Anda juga boleh menyemak penangkapan pertama Falc Gharials pertama kami dalam pameran.
Rumah Reptilia juga memaparkan pelbagai kura-kura, terrapin dan kadal. Katakanlah 'hello' kepada kura-kura kedua terbesar di dunia - Aldabran Tortoise atau tempat kadal-kadal yang mengalir di bawah matahari.
A Reptile House tidak lengkap tanpa ular yang dipaparkan. Bersiaplah untuk melihat dua ular yang memegang rekod dunia. Kagum dengan panjang ular yang paling lama di dunia, ular pucat. Berhati-hati dengan pemandangan anaconda hijau, yang merupakan ular paling berat di dunia. Kedua-dua koleksi ular berbisa dan tanpa venom boleh didapati di aras tanah Reptilia.
Ular habaq hang! Kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Bird Aviary
Burung Aviary Zoo Negara mempunyai koleksi spesies burung terbesar di negara ini. Melihat burung terancam di alam liar sukar untuk datang, mengapa tidak datang ke Zoo Negara untuk memenuhi Milky Storks di habitat semulajadi mereka? Juga, anda boleh menikmati orkestra muzik alam semula jadi yang dihasilkan oleh burung yang berbeza semasa anda berjalan-jalan di Bird Aviary.Burung Nuri kalau tak silap! Kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Australian Plain tengok Kangaroo!
Kalau nasib baik boleh tengok ibu Kangaroo yang bawa anak dalam poket doreamon dia :P kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Humboldt Penguin
Penguin kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Tonton penguin di bawah air dengan menggunakan sirip yang kuat untuk mencari makanan semasa waktu makan mereka: jam 11.00 pagi.
Dunia kanak-kanak
Haiwan Indri. Kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
Terokai gua mini juga terletak di Dunia Kanak-kanak. Bandingkan saiz gajah dan gigi gajah atau cari warna telur emu. Bersiaplah untuk terkejut!
Kompleks Beruang
Daripada 8 spesies beruang di dunia, anda dapat melihat 3 spesies beruang: Asiatic Black Bear, Brown Bear dan Malayan Sun Bear tanpa mengembara di seluruh dunia untuk melihatnya. Kompleks Bear berada di mana anda dapat mencari haiwan ini jika anda seorang yang gemarkan beruang.Beruang berendam Kredit kepada www.zoonegara.com |
Savannah Walk
Cuba bayangkan diri anda di Afrika di mana semua haiwan di negara ini berkeliaran dengan bebas di sekeliling anda.Pameran Savannah Walk, pameran konsep terbuka terbesar di zoo, adalah rumah yang dikongsi oleh pelbagai haiwan Afrika seperti antelope Sable, orix bertanduk Scimatar, zirafah, burung unta, zebra, dan badak putih.
Walaupun tidak banyak pokok di sekeliling untuk menghalang pameran itu, Savannah Walk rapat menyerupai dataran Savannah sebenar di Afrika.
Kuda Belang. Kredit kepada www.zoonegaramalaysia.my |
dan macam-macam lagi!!!!
Tips Jimat dan Berjalan dalam keadaan selesa semasa di Zoo Negara
- Bersiap siaga jika anda membawa anak-anak. Jika tiada budget besar atau tak nak poket bocor bawa minuman / makanan lebih awal, beli ke, masak sendiri ke kerana kos lebih murah di luar daripada dalam Zoo Negara.
- Sangat panas pada siang hari, kalau ada topi, pakailah topi, bawa payung. percayalah panas! Air minuman kena ada. Keep hydrated!
- Animal show jangan lepaskan sangat-sangat menarik! mesti menonton!
- Berjalan kaki adalah lebih baik daripada mengambil 🚆(tram). Mereka hanya berhenti seketika. Berjalan tidaklah teruk mana, dan boleh menikmati setiap lawatan haiwan dan exercise!
Cara ke Zoo Negara menggunakan pengangkutan awam
LRT.
Ambil LRT ke Wangsa Maju (line Kelana Jaya), dan ambil teksi/grab untuk ke Zoo negara dari situ.Bas
RapidKL 253 dari Putra LRT, Wangsa Maju, KLRapidKL 220 dari Lebuh Ampang, KL
Tiket & Waktu Operasi Zoo Negara Latest
Google Maps Zoo Negara
Rujukan
www.zoonegaramalaysia.mywikipedia.com
Comments
Post a Comment