Translate

Beli baju sejuk bundle dekat Bandoru

Semasa membuat persediaan untuk ke Negara Tengah Eropah dan Timur Eropah saya memulakan visi mencari baju sejuk/ winter cloth bundle.

Sejujurnya 2-3 tempat juga saya tengok tapi saya rasa menyelam dekat Bandoru di Federal Highway Subang Jaya - Shah Alam ini paling best. Untuk tidak kecewa dengan pilihan saya saran tak perlu fikir banyak terus jer pergi kat Bandoru.


Terdapat pelbagai pilihan

Nak cari baju sejuk ke, heat (wear / inner) / thermal wear, topi, kasut, baju tidur,  semua pun ada. Baju sejuk jenis bulu angsa, jenis kain tebal, bulu-bulu, coat, windbreaker hahaha.

Harga dalam rm30-rm50

Bergantung pada keadaan baju, kalau bulu angsa ini kadang-kadang nampak tau dah bulu dia terkeluar-keluar halus-halus maksudnya dia punya kekuatan untuk memanaskan tu mungkin dah kurang. Paling baik kalau jenama macam Uniqlo yang nipis tapi dapat memanaskan badan. Baju bulu angsa ni pun bukan senang nak lipat atau simpan dalam bag, melainkan kita guna vacuum packaging. Lagi elok baju itu lagi mahal harganya tapi jauh lebih murah dari harga baju baru yang berharga ratusan ringgit.

Kalau windbreaker bagus untuk menghadapi situasi angin sejuk dan air hujan. Sebab bila kita travel ada hari yang mungkin hujan. Dah lah hujan lepas tu kena angin sejuk juga memang terseksa tau!

Baju Kanak-kanak pun ada

Kalau ada ibu-ibu berminat nak beli baju kanak-kanak murah boleh pergi beli dekat sini. Lagi murah dari baju baru heheheh.

Baju dia pun cantik-cantik. Tak nampak bundle sangat :D.

Untuk plus size ada tapi pilihan tak sebanyak size lain

Untuk saya yang berbadan besar ini susah nak cari baju bulu angsa tu. Coat adalah yang besar-besar.

Tapi kena check betul-betul. Takut ada kes zip rosak macam kawan saya.

Kawan saya beli satu baju bulu angsa tu dalam rm40 kalau tak silap tapi zip dia tertiba tak boleh tutup betul-betul. banyangkan bila dah sampai negara sejuk tetibe tak boleh cover badan betul-betul sebab zip tak berfungsi. Jadi orang yang nak cari baju bundle ini memang kena check semua betul-betul sebelum beli. 

Jujurnya kalau untuk long term baik beli yang baru sebab....

Kalau beli baju baru mungkin kita kena tambah RM100++ lebih lagi, tapi kita akan dapat baju yang berkualiti, teknologi lebih advance boleh panaskan badan tapi tak terlalu berat untuk dipakai mahupun dibawa. Lagi satu boleh pakai untuk satu jangka masa yang lama...kalau backpacker yang jimat ruangan dan tak nak bawa benda berat sangat tu sesuailah.

Short term or sekali dua pakai oklah sebab....

Takut bulu-bulu dalam baju tadi tu dah makin berkurangan nanti mati kesejukkan pula kita. Ataupun untuk first time sebab kita tak tau sangat macam mana dan apa kena beli :D. Tapi percayalah tak semua baju sejuk bundle ini masih elok. Melainkan anda dah biasa dan tahu macam mana nak cari yang elok punya.

Hasil menyelam

Saya beli dua coat (merah dan hijau) dan satu jacket sejuk. Tapi saya bawa dua jer sebab coat memang cantik tapi berat nak mampuih. Tak muat nak packing memang pegang dekat tangan jer. Untuk jaket sejuk biru tu pula kecik size dia, quality ok tapi size pula tak ngan. Saya pakai masa waktu hujan sahaja. huuhuuh.

Tips membeli baju sejuk/ winter cloth bundle

  1. Membeli pakaian yang bersesuaian dengan cuaca di negara yang bakal kita lawati. Supaya kita tidak kesejukkan nanti. Jadi kena tahu suhu negara tersebut dan dapatkan nasihat pada promoter di kedai.
  2. Beli pakaian yang kalis air dan juga angin sejuk seperti windbreaker. Pastikan kita membawa satu windbreaker juga, takut hujan nanti kalau coat ni dia serap air. sejuk pula kita dengan air tu.
  3. 2 Pakaian sejuk sudah memadai untuk backpacker, tapi kalau anda memang ada ruangan bag yang banyak boleh ler bawa banyak lagi baju
  4. Pastikan segala zip/butang baju bundle itu berfungsi dengan baik ya. test banyak kali sebelum beli. Kadang-kadang kita rambang mata tapi tak boleh pakai nanti.
  5. Pastikan anda membeli juga thermal wear, kalau tak nak beli bundle boleh beli dekat Decathlon, saya dah cuba memang berkesan tapi dia just berat skit dari brand uniqlo. Saya pakai yang Decathlon itu sampai berpeluh-peluh peha..
  6. Stoking pun kena bawa ye, untuk pakai time tidur mahupun time berjalan. bawa banyak-banyak takut busuk nanti hahaha kena rajin tukar.
  7. Kalau tempat yang lagi sejuk mungkin kena beli topi dan yang tutup telinga tu.
  8. Jangan lupa pula ni sarung tangan. Sarung tangan kena pakai tau sejuk giler. Tak sanggup biarkan tangan terkena agin sejuk huhuh.
  9. Kasut. Kasut sangat penting ya. Biarlah yang selesa, tahan sejuk dan kalis air...jangan pakai selipar pula tak tahan sejuk tu! Pakai boot kalis air ke, atau kasut sport shoes yang kalis air ok juga (bukan kain). Dekat Decathlon depa ada tulis description kasut secara terperinci, dari segi kegelinciran,suhu,water resistant etc.
Kredit kepada 7esl.com

Lokasi kedai Bandoru

Semuga perkongsian ini bermanfaat~. Jangan lupa subscribe blog saya dan tinggalkan komen sekiranya terdapat info yang boleh dikongsi bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Berkhemah di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson

Percutian 12 hari 6 Negara Timur Eropah Kos RM 4363.03

Kolam Air Panas Jasin Melaka | Jasin Hot Spring RM10 jer!

Labels

astronomical clock1 atartuk airport1 austria4 backpacker hostel2 bas vienna to budapest1 bastion1 bazar1 BBQ di Pantai Tanjung Biru1 beacon inn1 beacon inn capsule hotel1 benteng1 Berkhemah Di Pantai Tanjung Biru1 berlin16 berlin schonefeld airport1 berlin 3 days 1 night hostel1 berlin airport1 berlin amerika checkpoint1 berlin attractions4 berlin bradenburg gate1 berlin cathedral1 berlin charlie checkpoint1 berlin cheap + clean hostel1 berlin checkpoint1 berlin city hall1 berlin east side gallery1 berlin germany1 berlin hostel1 berlin itinerary1 berlin jews city1 berlin jews memorial1 berlin memorial wall1 berlin monuments1 berlin mosque1 berlin museum island1 berlin old city hall1 berlin parliament1 berlin St. Nicholas Church1 berlin tegel airport1 berlin tegel airport bus1 berlin tegel airport scoot1 berlin tegel airport transport1 berlin topography of terror1 berlin wall2 berlin wall east side gallery1 berlin wall must visit1 berlin world war 21 blue mosque1 bosnia11 bosphorus tour1 Bradenburg gate berlin1 buda castle1 budapest10 budapest airport2 budapest castle hill1 budapest hungary3 budapest liszt ferenc international airport1 bundle1 bus at schonefeld airport1 bus prague1 bus prague to vienna2 caravan saray1 casa blanca guest house1 castle1 chain bridge budapest1 cheap hostel berlin1 cheap prague1 cheap train to hallstatt1 church1 church of our lady before tyin1 church sarajevo1 city park1 city park budapest1 clean capsule hotel1 cloth1 craft1 czech1 czech republic4 danga bay1 danga bay park1 denai alam1 dinasti1 eastern europe1 eropah8 europe trip4 eyub mosque1 fisherman's bastion1 flight eastern europe1 flight europe1 flixbus1 flixbux schonefeld airport1 flor de lamar1 food1 fort1 free hotel1 free tour1 free tour sarajevo1 galata tower1 gereja1 gereja sarajevo1 germany16 Germany parliament1 guest house reviews1 halal1 halal budapest1 halal food1 halal food at berlin wall1 halal food at checkpoint charlie1 halal food berlin1 halal food budapest1 halal food europe1 halal food sarajevo1 halal vieanna1 hallstatt1 hallstatt from vienna1 hallstatt village1 hallstatt village austria1 halltstat1 hanchi hostel1 heroes' square1 holocaust berlin1 holocaust yahudi1 homestay murah di melaka bawah rm1001 horse riding1 hostel1 hostel bosnia1 hostel in berlin1 Hostel O'Berlin1 hostel review2 hostelreview1 hot spring1 hotel1 hotel budget melaka1 hotel murah di bandar hilir melaka1 how to travel cheap to hallstatt1 hungary9 hungrary1 hyderabad3 india3 inn1 istana bukit serene1 istana johor1 istana johor di bukit serene1 istanbul9 istanbul airport1 istanbul cruise1 istanbul mosque1 istanbul turki1 istiklal1 itinerary7 itinerary berlin1 itinerary budapest1 itinerary eropah2 itinerary johor1 itinerary johor melaka1 itinerary kl1 itinerary melaka1 itinerary prague1 itinerary sarajevo1 itinerary selatan1 jalan johor3 jalan melaka4 jalan selatan7 jalan-jalan melaka5 jasin1 jasin hot spring1 jeddah1 johor capsule hotel1 kapal portugis1 kl2 kl itinerary1 klcc1 Kolam Air Panas Jasin Melaka1 kos percutian timur eropah1 kuala lumpur itinerary1 kubu1 kubur ahmad ammar1 kuda1 laman istana bukit serene1 lapangan terbang1 lapangan terbang budapest1 lawat berlin wall1 learn malay language1 learn malaysia language1 low cost airline2 makanan halal austria1 makanan halal vienna1 makanan istanbul1 malay phrases1 malay words1 malaysia5 markthalle neun1 masjid6 masjid ayub1 masjid biru1 masjid bosnia1 masjid budapest1 masjid di istanbul1 masjid hungary1 masjid sarajevo1 masjid selat melaka1 masjid turki2 matthias church budapest1 maverick hostel1 meetbosnia1 meetbosniatour1 melaka1 melaka guest house1 memorial of murdered jews berlin1 mosque3 mosque in berlin1 municipal house1 museum3 museum of agriculture hungary1 muzium2 muzium flor de lamar1 muzium kapal selam melaka1 muzium melaka1 muzium samudera1 muzium tldm1 national gallery prague1 nizam1 nuruosmaniye mosque1 old orthodox church1 old red tram1 old town prague1 omar ibn al-khattab mosque1 omar moschee1 one day in prague1 padang pasir pantai klebang1 pantai klebang pasir1 Pantai Tanjung Biru1 Pantai Tanjung Biru Camping1 Pantai Tanjung Biru Tenang dan Lawa1 parlimen jerman1 pasar di berlin1 pasir melaka1 pasir pantai klebang1 pembunuhan yahudi1 penginapan di melaka1 Percutian timur eropah6 Perkhemahan pertama di Pantai Tanjung Biru1 pigeon square bosnia1 pigeon square hostel bosnia1 powder tower1 prague4 prague castle1 prague itinerary1 prague ke vienna1 pulau perhentian1 pulau perhentian april 20181 pulau perhentian mesti lawat1 pulau perhentian story1 pulau perhentian trip1 quadriga1 recreational park1 regiojet prague2 reistag buidling germany1 reistag building berlin1 restoran turkis1 saint nicholas church1 sajevo international airport1 salt mine hallstatt1 sarajevo10 saudi airline1 schonefeld airport1 scoot flight1 scoot flight air asia1 scoot flight macam air asia1 scoot flight murah1 scoot flight review1 seafood istanbul1 seafood turki1 sebilj1 selangor1 shah alam1 shopping2 skudai river1 skywalk hallstatt1 solat di masjid selat melaka1 soviet war memorial1 soviet war memorial berlin1 soviet war memorial tiergarden berlin1 square2 stall turkis1 star kebab restaurant1 Széchenyi Chain Bridge1 taksim square1 taman merdeka johor1 taman rekreasi1 taxi airport1 tidur johor1 tidur mana best johor?1 timur eropah8 traditional1 train to hallstatt1 tram1 tunnel tram1 turki13 turkis halal1 turkis kebab1 turkish airline1 UAN Florenc1 UAN Florenc bus1 UAN Florenc bus station1 UAN Florenc regiojet1 vajdahunyad castle1 vieanna hallstatt1 vienna2 vienna to budapest1 visit malaysia1 visit malaysia 20201 vratnik1 winter1 wizzair1 yahudi1 yahudi berlin1 yahudi berlin eropah1 yahudi eropah1 yellow bastion1 zoo1
Show more