Mendaki ke Prague Castle dalam Kesejukkan!
Salam Semua, Setelah kami berjalan-jalan di Old Town Prague , terus menuju ke Prague Castle. Tibanya di sana, sangatlah tinggi untuk tiba di bahagian atas. Bayangkan lah dalam keadaan sejuk, hujan, bagi meneruskan perjalanan gigih juga kami mendaki. Disebabkan kerana cuaca yang sangat sejuk, saya tak boleh duduk static. Saya kena teruskan berjalan dan Alhamdulillah tiba juga di puncak! Info Istana Prague telah menjadi lambang penting negara Czech selama lebih dari seribu tahun. Ia ditubuhkan pada abad ke-9 dan menjadi kerusi raja-raja Czech dan kemudian presiden. Istana ini, salah satu kompleks terbesar di dunia, terdiri daripada istana, pejabat, bangunan gereja dan kubu bersejarah, taman-taman dan tempat-tempat yang indah. Ia meliputi kawasan seluas 45 hektar. Pemandangan panoramik Prague Castle adalah salah satu yang paling menakjubkan di dunia. kalau masuk jalan bahagian luar percuma sahaja Curam tau! banyak jalan naik ini view dari atas Prague ...