Beli baju sejuk bundle dekat Bandoru
Semasa membuat persediaan untuk ke Negara Tengah Eropah dan Timur Eropah saya memulakan visi mencari baju sejuk/ winter cloth bundle. Sejujurnya 2-3 tempat juga saya tengok tapi saya rasa menyelam dekat Bandoru di Federal Highway Subang Jaya - Shah Alam ini paling best. Untuk tidak kecewa dengan pilihan saya saran tak perlu fikir banyak terus jer pergi kat Bandoru. Terdapat pelbagai pilihan Nak cari baju sejuk ke, heat (wear / inner) / thermal wear, topi, kasut, baju tidur, semua pun ada. Baju sejuk jenis bulu angsa, jenis kain tebal, bulu-bulu, coat, windbreaker hahaha. Harga dalam rm30-rm50 Bergantung pada keadaan baju, kalau bulu angsa ini kadang-kadang nampak tau dah bulu dia terkeluar-keluar halus-halus maksudnya dia punya kekuatan untuk memanaskan tu mungkin dah kurang. Paling baik kalau jenama macam Uniqlo yang nipis tapi dapat memanaskan badan. Baju bulu angsa ni pun bukan senang nak lipat atau simpan dalam bag, melainkan kita guna vacuum packaging. Lagi ...