Shopping di Grand Bazaar, Istanbul Turki
Sejarah Tentang Grand Bazaar Istanbul, Turki Ia merupakan satu pasar besar tertutup / berbumbung dan tua di dalam dunia, kawasannya seluas 30700 meter persegi meliputi 60 jalan, lorong dan 4000 kedai! Sejak dari abad ke-17, pasar ini telah pun mempunyai 4000 kedai. macam macam ada, barang kemas, perhiasan, baju, dompet, carpet, lampu, tempat tukar duit, kaca mata, kacang, kurma, herba, teh, makanan, tudung, kasut dan pelbagai lagi. Kalau kita lihat di pintu masuk Nuruosmaniye dapat lihat bahawa pasar ini disiapkan pada tahun 1461. Dapat nampak jata negara zaman Khalifah Uthmaniyyah, subhanAllah. Hebatkan! Masih gah berdiri sehingga sekarang (ada renovasi sepanjang tahun bila ada musibah seperti gempa bumi) Kalau dalam bahasa Turki Grand Bazaar ini dikenali sebagai Kapalı Çarşı yang bermaksud Pasar Tertutup / Berbumbung dan juga Büyük Çarşı yang bermaksud yang bermaksud Pasar Besar. Menariknya ada yang mengatakan bahawa Grand Bazaar ini merupakan Shopping Mall pert...