Topography of Terror | Berlin | Pusat utama anggota SS membuat perancangan dan juga seksaan
Salam Semua! Hari ini kita bercerita pula tentang bekas lokasi pusat anggota pre-military (macam askar bukan official) di bawah kuasa Nazi, Berlin Jerman iaitu Topography Terror. Gambar dari internet Topography of Terror Selalu kita dengar "SS" atau nama sebenar adalah The Schutzstaffel yang merujuk kepada kumpulan anggota ini. Mereka bekerja di bawah arahan Adolf Hitler dan Parti Nazi. Kumpulan ini bermula sebagai sebuah kumpulan unit pengawal kecil ketika ada mesyuarat yang dijalankan. Kemudiannya berkembang menjadi satu organisasi yang bertindak sebagai kumpulan pra-askar (askar tidak official). Topography Terror, inilah tempatnya penganiayaan dan penghapusan pihak-pihak lawan Nazi sama ada dari dalam Jerman atau selain daripadanya, juga tempat perancangan, pengurusan tentang pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi Eropah, kaum Sinti dan Roma. Kaum Sinti dan Roma, merupakan pendatang di negara Jerman dan mereka dianggap sebagai pencuri dan peminta sedekah. ...