Translate

7 Perkara Menarik yang boleh dibuat di KLCC

Info KLCC

KLCC atau nama penuhnya Kuala Lumpur City Centre, merupakan kawasan seluas 100 hektar merangkumi 4 jalan utama, menara berkembar tertinggi di dunia (Menara Berkembar Petronas), sebuah taman, masjid, dan bangunan-bangunan gedung, hotel dan juga pejabat-pejabat.

Ketinggian Menara Berkembar Petronas adalah setinggi 451.9 meter!





Aktiviti yang boleh dibuat dengan keluarga.

Naik menara KLCC!

Dah alang-alang ada kat KLCC apa kata kita cuba naik menara itu sendiri. Semasa anak-anak masih kecil ini harga masih murah tau! kalau dah besar dah mahal skit! Boleh pergi sendiri di Sky-Bridge atau Jenjantas di Awan nano, dan naik ke bahagian dek permerhatian untuk melihat seluruh KL dari menara yang tinggi ini!

Waktu Operasi
Selasa-Ahad 9.00am - 9.00pm
(Tutup pada 1.00pm - 2.30pm hari Jumaat)
Isnin, Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha Tutup!
Website: https://www.petronastwintowers.com.my

Harga Tiket
                                                      Warganegara     Bukan Warganegara
Kanak-kanak (3-12 tahun)                RM14.00            RM33.00
Kanak-kanak  (Bawah 3 tahun)                 Kemasukkan Percuma
Dewasa (13-60 tahun)                      RM28.00            RM80.00
Warga Emas (61 tahun keatas)        RM14.00            RM42.00

Membeli-belah & Makan-makan

Kredit kepada https://www.systemsintegrationasia.com

Kebanyakkan orang yang datang di sini adalah untuk membeli belah, makan-makan, tengok wayang. Gedung besar Kompleks Suria, ISetan, AvenueK, dan gedung-gedung jenama besar banyak ada di KLCC. Dan pada amatan saya kadang kala harga di KLCC mungkin sedikit lebih mahal dari tempat lain~

Belajar Sains dan Petroleum di Petrosains! 

Kredit kepada ericgoesto.com

Permainan Simulasi F1 kredit kepada ericgoesto.com

Dark Ride. Kredit kepada https://umminani.com

Kompleks itu sebahagian besarnya didedikasikan untuk bidang sains petroleum dan membentangkan sains dan teknologi dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan. Pembelajaran secara interaktif! Dengan sokongan teknologi terkini. Anda boleh naik train Dark Ride - Perjalanan ini berbentuk seperti penurunan minyak, dan membawa anda melalui hutan hujan yang tenang di Malaysia, gunung dan menyelam ke laut dalam usaha untuk menunjukkan transformasi Malaysia dan kemajuannya ke dalam alaf baru.

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat 09:30 - 17:30, Sabtu & Ahad 09:30 - 18:30, Isnin Tutup. Hari Raya tutup!
Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre
Tel: +603 2331 8181
Website:https://petrosains.com.my/



Harga Tiket
                                                      Warganegara     Bukan Warganegara
Kanak-kanak (3-12 tahun)                RM7.50              RM16.50
Kanak-kanak  (Bawah 3 tahun)                  Kemasukkan Percuma
Dewasa (13-60 tahun)                      RM18.50            RM28.00
Warga Emas (61 tahun keatas)        RM9.00              RM14.00

Lihat hidupan laut di Aquaria KLCC

Kredit kepada Phalinn Ooi from Kuala Lumpur, Malaysia / CC

Salah satu daripada akuarium terbesar di Asia Tenggara. Berada di lebih dari 150 spesies kehidupan laut,antaranya  jerung harimau menakutkan, ular laut yang mematikan, blue rays,  ikan karang cerah, seahorse dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Hari-hari 10:00 - 20:00
Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre Complex, Kuala Lumpur City Centre
Tel: +603 2333 1888
Website: https://aquariaklcc.com

Harga Tiket
                                                      Warganegara     Bukan Warganegara
Kanak-kanak (3-12 tahun)                RM42.00              RM65.00
Kanak-kanak  (Bawah 3 tahun)                 Kemasukkan Percuma
Dewasa (13-60 tahun)                      RM62.00              RM75.00
Warga Emas (61 tahun keatas)        RM42 .00             RM65.00
Warga Khas                                      RM17                   RM17

Beriadah di taman KLCC. Nak mandi pun boleh!

KLCC Park. Ni dekat tasik buatan ya. swimming pool bahagian permainan. Kredit kepada itc.gov.my

KLCC Park adalah taman seluas 50 hektar yang terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria KLCC. Direka oleh Roberto Burle Marx, ia direka untuk memberikan sentuhan kehijauan untuk Menara Berkembar Petronas dan kawasan sekitarnya. Di taman ada tasik buatan manusia (Lake Symphony). Kawasan ini biasanya kita nampak orang berjoging, bermain di taman permainan, lepak di kawasan air pancut. Percuma aja!

Solat dan join aktiviti Masjid KLCC / As Syakirin





Kubah, Lampu

Ukiran


Mihrab yang menghadap kiblat

Tingkap Menarik

Kawasan masjid dua tingkat ini seluas 21 hektar. Ia dianggap sebagai permata di taman kerana lokasinya yang strategik dan menghadap taman KLCC juga menyediakan ruang yang dapat menampung sehingga 500 orang dengan sistem audio lengkap dengan bilik mesyuarat dan ruang kosong. Nama Ash-Syakirin bermaksud 'orang yang bersyukur dipilih sebagai nama rasmi untuk masjid ini. Masjid ini merupakan mercu tanda seni bina Islam di kawasan yang pesat berkembang di ibu kota, Kuala Lumpur.

Layan Okestra dan Muzik di dewan Filharmonik Petronas!

Memang pengalaman yang menyeronokkan. Kredit kepada aogc.com.my

Kadang-kadang layan juga Okestra, Muzik, Concert di sini. Ia jenis yang tenang-tenang aja ya duduk sambil layan muzik! Ada juga pemuzik tempatan dan luar negara yang buat demo/recital kat sini juga. Harga berpatutan, kalau ada event boleh jer nak dapat tiket free!


Waktu Operasi: Selasa - Sabtu 10:30 - 18:30
Alamat: Level 2, Tower 2, Petronas Twin Tower Kuala Lumpur City Centre
Tel: +603 2331 7008 / +603 2331 7007
Website: http://dfp.com.my/
Tiket : http://mpo.com.my/






Comments

Popular posts from this blog

Berkhemah di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson

Percutian 12 hari 6 Negara Timur Eropah Kos RM 4363.03

Kolam Air Panas Jasin Melaka | Jasin Hot Spring RM10 jer!

Labels

astronomical clock1 atartuk airport1 austria4 backpacker hostel2 bas vienna to budapest1 bastion1 bazar1 BBQ di Pantai Tanjung Biru1 beacon inn1 beacon inn capsule hotel1 benteng1 Berkhemah Di Pantai Tanjung Biru1 berlin16 berlin schonefeld airport1 berlin 3 days 1 night hostel1 berlin airport1 berlin amerika checkpoint1 berlin attractions4 berlin bradenburg gate1 berlin cathedral1 berlin charlie checkpoint1 berlin cheap + clean hostel1 berlin checkpoint1 berlin city hall1 berlin east side gallery1 berlin germany1 berlin hostel1 berlin itinerary1 berlin jews city1 berlin jews memorial1 berlin memorial wall1 berlin monuments1 berlin mosque1 berlin museum island1 berlin old city hall1 berlin parliament1 berlin St. Nicholas Church1 berlin tegel airport1 berlin tegel airport bus1 berlin tegel airport scoot1 berlin tegel airport transport1 berlin topography of terror1 berlin wall2 berlin wall east side gallery1 berlin wall must visit1 berlin world war 21 blue mosque1 bosnia11 bosphorus tour1 Bradenburg gate berlin1 buda castle1 budapest10 budapest airport2 budapest castle hill1 budapest hungary3 budapest liszt ferenc international airport1 bundle1 bus at schonefeld airport1 bus prague1 bus prague to vienna2 caravan saray1 casa blanca guest house1 castle1 chain bridge budapest1 cheap hostel berlin1 cheap prague1 cheap train to hallstatt1 church1 church of our lady before tyin1 church sarajevo1 city park1 city park budapest1 clean capsule hotel1 cloth1 craft1 czech1 czech republic4 danga bay1 danga bay park1 denai alam1 dinasti1 eastern europe1 eropah8 europe trip4 eyub mosque1 fisherman's bastion1 flight eastern europe1 flight europe1 flixbus1 flixbux schonefeld airport1 flor de lamar1 food1 fort1 free hotel1 free tour1 free tour sarajevo1 galata tower1 gereja1 gereja sarajevo1 germany16 Germany parliament1 guest house reviews1 halal1 halal budapest1 halal food1 halal food at berlin wall1 halal food at checkpoint charlie1 halal food berlin1 halal food budapest1 halal food europe1 halal food sarajevo1 halal vieanna1 hallstatt1 hallstatt from vienna1 hallstatt village1 hallstatt village austria1 halltstat1 hanchi hostel1 heroes' square1 holocaust berlin1 holocaust yahudi1 homestay murah di melaka bawah rm1001 horse riding1 hostel1 hostel bosnia1 hostel in berlin1 Hostel O'Berlin1 hostel review2 hostelreview1 hot spring1 hotel1 hotel budget melaka1 hotel murah di bandar hilir melaka1 how to travel cheap to hallstatt1 hungary9 hungrary1 hyderabad3 india3 inn1 istana bukit serene1 istana johor1 istana johor di bukit serene1 istanbul9 istanbul airport1 istanbul cruise1 istanbul mosque1 istanbul turki1 istiklal1 itinerary7 itinerary berlin1 itinerary budapest1 itinerary eropah2 itinerary johor1 itinerary johor melaka1 itinerary kl1 itinerary melaka1 itinerary prague1 itinerary sarajevo1 itinerary selatan1 jalan johor3 jalan melaka4 jalan selatan7 jalan-jalan melaka5 jasin1 jasin hot spring1 jeddah1 johor capsule hotel1 kapal portugis1 kl2 kl itinerary1 klcc1 Kolam Air Panas Jasin Melaka1 kos percutian timur eropah1 kuala lumpur itinerary1 kubu1 kubur ahmad ammar1 kuda1 laman istana bukit serene1 lapangan terbang1 lapangan terbang budapest1 lawat berlin wall1 learn malay language1 learn malaysia language1 low cost airline2 makanan halal austria1 makanan halal vienna1 makanan istanbul1 malay phrases1 malay words1 malaysia5 markthalle neun1 masjid6 masjid ayub1 masjid biru1 masjid bosnia1 masjid budapest1 masjid di istanbul1 masjid hungary1 masjid sarajevo1 masjid selat melaka1 masjid turki2 matthias church budapest1 maverick hostel1 meetbosnia1 meetbosniatour1 melaka1 melaka guest house1 memorial of murdered jews berlin1 mosque3 mosque in berlin1 municipal house1 museum3 museum of agriculture hungary1 muzium2 muzium flor de lamar1 muzium kapal selam melaka1 muzium melaka1 muzium samudera1 muzium tldm1 national gallery prague1 nizam1 nuruosmaniye mosque1 old orthodox church1 old red tram1 old town prague1 omar ibn al-khattab mosque1 omar moschee1 one day in prague1 padang pasir pantai klebang1 pantai klebang pasir1 Pantai Tanjung Biru1 Pantai Tanjung Biru Camping1 Pantai Tanjung Biru Tenang dan Lawa1 parlimen jerman1 pasar di berlin1 pasir melaka1 pasir pantai klebang1 pembunuhan yahudi1 penginapan di melaka1 Percutian timur eropah6 Perkhemahan pertama di Pantai Tanjung Biru1 pigeon square bosnia1 pigeon square hostel bosnia1 powder tower1 prague4 prague castle1 prague itinerary1 prague ke vienna1 pulau perhentian1 pulau perhentian april 20181 pulau perhentian mesti lawat1 pulau perhentian story1 pulau perhentian trip1 quadriga1 recreational park1 regiojet prague2 reistag buidling germany1 reistag building berlin1 restoran turkis1 saint nicholas church1 sajevo international airport1 salt mine hallstatt1 sarajevo10 saudi airline1 schonefeld airport1 scoot flight1 scoot flight air asia1 scoot flight macam air asia1 scoot flight murah1 scoot flight review1 seafood istanbul1 seafood turki1 sebilj1 selangor1 shah alam1 shopping2 skudai river1 skywalk hallstatt1 solat di masjid selat melaka1 soviet war memorial1 soviet war memorial berlin1 soviet war memorial tiergarden berlin1 square2 stall turkis1 star kebab restaurant1 Széchenyi Chain Bridge1 taksim square1 taman merdeka johor1 taman rekreasi1 taxi airport1 tidur johor1 tidur mana best johor?1 timur eropah8 traditional1 train to hallstatt1 tram1 tunnel tram1 turki13 turkis halal1 turkis kebab1 turkish airline1 UAN Florenc1 UAN Florenc bus1 UAN Florenc bus station1 UAN Florenc regiojet1 vajdahunyad castle1 vieanna hallstatt1 vienna2 vienna to budapest1 visit malaysia1 visit malaysia 20201 vratnik1 winter1 wizzair1 yahudi1 yahudi berlin1 yahudi berlin eropah1 yahudi eropah1 yellow bastion1 zoo1
Show more