Lepas tengok cerita Turki
Resurrection Ertugrul , terus bersemangat nak pergi naik kuda. Maka gigihlah saya mencari di dunia online, kat mana kami boleh naik kuda pada harga yang berpatutan?
Maka terjumpalah akan satu kelab rekreasi iaitu
Denai Alam Recreational and Riding Club , ok website dia dah upgrade ya. last time saya visit tak ada info latest sangat hehehe...
|
Posing kat depan Papan ini sebab kena tunggu pukul 3pm baru boleh naik Joy Ride! |
Kami buat kesilapan yang agak besar sebab masa itu tak banyak info dan kami terjah ke lokasi jadi kalau anda tak nak jadi macam kami, baca dahulu post ini..Saya akan kongsikan secara details waktu joy ride dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi...
Sejarah DARC yang berkembang kerana sokongan padu dari komuniti setempat!
DARC bermula dengan kuda yang sedikit dan kawasan menunggang yang sedikit juga namun dapat berkekalan selama 7 tahun atas dokongan dari semua pihak!
|
Info DARC part 1. |
|
Daripada ladang kecil, DARC telah berkembang menjadi satu tempat hentian rekreasi. Mereka juga menyediakan perkhidmatan majlis-majlis keramaian. DARC juga telah melahirkan ramai penunggang kuda berkemahiran sebanyak 6000 orang.
|
Info DARC part 2. |
Daripada kuda 10 ekor kini DARC mempunyai kuda sebanyak 70 ekor. Dahulunya hanya mempunyai satu kanopi untuk memberi perlindungan daripada cahaya matahari terik mahupun hujan namun kina kemudahan yang diberikan lebih selesa.
|
Info DARC part 3. |
Ucapan terima kasih dari pengasas DARC, En Terry dan Keluarga.
|
Info DARC part 4. |
Ada robot Transformers dekat Sini?
Robot-robot statik ini sebenarnya direka dengan menggunakan bahan kitar semula, boleh nampak spanar, barang-barang bahagian kereta, motor digunakan. Cantik pula di welding gini. Robot ini dibina oleh
Pembinaan Tetap Teguh (PTT) sebuah syarikat pembinaan Malaysia yang juga diasaskan oleh pengasas yang sama dengan DARC ini. Iaitu En Terry Teo. Jadi DARC ini memang ditubuhkan lebih kepada memberi balik kepada komuniti dan aktiviti aktiviti di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Khususnya kepada yang ingin belajar menunggang kuda.
|
Transformers ke ni? |
|
Ni Dragon apa pula ya! |
|
Adakah anda bumblebee? |
8 Kebaikan menunggang kuda!
Terdapat 8 Kebaikan menunggang kuda:-
- Aktiviti yang mencabar dan menenangkan diri
- 1 Jam menunggang kuda dapat membakar 650 kalori! kalau jalan kena satu jam juga. hahaha.
- Interaksi dengan kuda dapat mengurangkan stress dan baik untuk kesihatan mental
- Dapat belajar cara keseimbangan dan koordinasi badan
- Walaupun duduk di atas kuda, dapat menguatkan otot (bagus untuk meninggikan kadar pembakaran lemak hehehe)
- Dapat membuat kita berasa lebih positif!
- Dapat meningkatkan keyakinan diri dan merasa kebebasan~
- Berada di luar dan berkomunikasi dengan alam hijau dapat memotivasikan penunggang kuda!
Pengunjung DARC rata-ratanya join kelas menunggang kuda jadi sesi untuk orang biasa (bukan pelajar) hanya untuk masa tertentu ya.
Seperti gambar di atas, hanya 3 waktu :
8:00 AM - 11:30 AM
3:00 PM - 6:30 PM
8:00 PM - 9:30 PM
Pengalaman kami adalah kami tiba lebih kurang 11:15 AM, lepas tu duk tangkap gambar sana sini, baca info, barulah nak pergi beli tiket menunggang kuda joy ride aha. memang lah dah tutup (11:30AM). Jadi terpaksa datang balik pukul 3:00PM.
Tapi kami tak terus melencong dekat tempat lain. Kami pergi dekat kuda dulu, beli karot satu bekas RM5 bagi makan dekat kuda dulu. Check kawasan haha, sebab dia ada aktiviti lain yang kita boleh buat juga dekat sini, lepas itu barulah kami beredar.
Boleh bagi kuda makan. Cuba try ada berani tak? Kuda besar-besar duk hentak-hentak kaki hahaha.
Dekat dengan area kafe itu ada tempat beli buah Karot ya. Tapi dia takder duit tukar. Dia masuk dalam tabung. Jadi kalau nak beli Karot tu. Beli satu mangkuk cukup dah. Sebab takut tak biasa, nanti tak berani nak bagi kuda makan. Kalau ikutkan memang mahal lah sebab satu mangkuk tu dalam satu/dua batang karot jer tapi yelah bukan mudah nak maintain taman rekreasi ni kan!
|
Akak jaga Karot yang peramah~ |
Masa first time takut juga, ada orang bagi pakai senduk. hahaha
Saya punya takut bagi guna tripod bahagian kaki tu hahaha. Lepas itu ada seorang akak ni tegur.
Sementara tunggu Joy Ride buka kami menghabiskan masa bergambar dan beri makan kuda hahaha
Cara bagi makan kuda yang betul
Adalah dengan meletakkan Karot itu di atas telapak tangan. Hulur pada mulut kuda. Nanti kuda akan guna bibir besar dia untuk ambil. dia tak gigit. Tapi boleh rasalah dia punya bibir basah-basah hahaha.
Selamat mencuba!
Banyak kuda dekat sini 70 ekor! hahha boleh usha satu-satu. Kalau besar kita takut skit.
|
Bagi kuda makan |
|
Karot ni hah terbeli dua bekas sebab takde duit tukar. Bawa rm5 tepat2 ya. Satu bekas RM5 |
|
Si putih yang menunggu karot macam treats lah untuk depa. Sanggup tunggu, duk usha jer Karot kita pegang. |
|
Cantik tak rambut I? Kalau berani boleh usap~ |
Pet Zoo pun ada RM20 sekali masuk
Mini Petting Zoo dia lebih kepada arnab dengan burung. Kami tak masuk lah sebab rasanya agak mahal dan tak banyak pun binatang yang boleh kita lihat. Lagi suka pergi
Zoo Negara :P
Ada jual baja tahi kuda ya segar dari Ladang harga sangat murah.
Beg baja dia sangat besar. 3 pax kowt rm10 jer. Kalau pergi sini rasanya sangat berbaloi beli baja. Plus baja fresh dari tahi-tahi kuda :P
Tempat makan yang berpatutan
Anda kalau lapar boleh makan di sini. Bagi saya harga yang ditawarkan amat berpatutan. Tak ramai yang makan hahaha. Kalau nak air percuma pun ada; iaitu air Coway. Bawa botol refil jer kat sana!
Kawasan makan dia memang besar untuk cater family event, company event dan etc. Kalau tak ada event memang kosong lah. Jangan risau boleh lepak di sini. Wifi pon ado! Depa siap ada promo steamboat RM16/pax murah dah tu. Tapi sis tak pernah try, jadi tak tau sedap ke tidak ya.
Akhirnya naik pun kuda tapi.....
Dua orang je naik, anak buah saya. Sebab kalau nak naik kuda di DARC ini
berat badan tidak boleh melebihi 85kg, kerana memberi bebanan tinggi kepada kuda. Maka saya pun tersentap dan mulai diet dari hari itu hahaha. InsyaAllah satu hari nanti saya boleh juga naik kuda!
Lagi satu jangan kecewa ya. Dia pusing sekejap jer. 2 kali. tak sampai seminit. Tapi oklah satu pengalaman yang sangat membahagiakan!
|
Harga JoyRide sekarang adalah RM10. tak tau kenapa dia pangkah jadi RM5 mungkin itu promosi lama :( |
|
Alhamdulillah
tukang bawa kuda tu memang berhati-hati dan penunggang pakai topi untuk
keselamatan. Kuda ini besar tau. Saya tengok pun seriau. |
Kalau bernasib baik..boleh tengok kuda dimandikan heheh
Waktu yang kami datang itu tak lagi lah.hehhe.
Selain daripada aktiviti berkuda, boleh try juga memanah tapi macam tak nak recommend sebab fasiliti memanah sedih sangat.
Sis ada record kawasan memanah dia, tak tau lah kalau dah upgrade kan pula.., nanti saya buat full review di
youtube saya pula. Boleh subscribe hehehe nanti boleh tengok video saya. Tambahan banyak video travel yang saya dah upload moga bermanfaat. Selalunya content di video saya sedikit lain dengan blog. Hehehe :D
Surau dia besar dan selesa
Kalau nak solat disini pun boleh. Saya dah usha dah surau dia besar ruangan.
|
Ikut jer tanda ni. di kat belakang |
|
Ada telekung semua |
Nak tidur dekat Chalet sini pun boleh
DARC ada menyediakan tempat penginapan untuk sesiapa yang berminat untuk enjoy aktiviti or trip di DARC. Mereka ada provide splash pool juga untuk
kanak-kanak.
Toilet awam dan shower besar dan bersih.
Basic jelah tak fancy mana pun yang penting bersih!
|
Lucu Pintu dia hahaha. Cow Boy Style |
Untuk yang datang seorang, nak guna locker boleh
Locker dia kecik jelah. RM2 untk sehari.
Parking FREE dan Luas tau!
Senang sangat nak parkir di sini. Sebab kawasan parkir dia yang luas dan paling penting percuma. Kalau nak sejuk skit parking lah bawah pokok kelapa mereka hehehe. Dekat kawasan luar kita dapat lihat kadang-kadang Kuda dilepaskan di kawasan masih berpagar ya. Mungkin untuk enjoy :D
Secara keseluruhan DARC masih lagi tempat menarik untuk dilawati oleh orang awam biasa yang belum lagi ada peluang untuk menyertai kelas kuda. Walaupun yang kerap datang ke sini adalah mereka yang berlatih menunggang kuda. Harga untuk mereka yang kerap datang kesini boleh dapat lebih murah sekiranya mereka membeli member card. Sangat-sangat berbaloi. Saya cadangkan bagi yang berminat untuk belajar kuda dan menjadi ahli kelab ini boleh lawati laman sesawang DARC untuk info lanjut di https://darchorse.com.my/
Google Maps & Reviews
wak x penah nungang kuda., ;p
ReplyDelete