7 Perkara Menarik yang boleh dibuat di KLCC
Info KLCC KLCC atau nama penuhnya Kuala Lumpur City Centre, merupakan kawasan seluas 100 hektar merangkumi 4 jalan utama, menara berkembar tertinggi di dunia (Menara Berkembar Petronas), sebuah taman, masjid, dan bangunan-bangunan gedung, hotel dan juga pejabat-pejabat. Ketinggian Menara Berkembar Petronas adalah setinggi 451.9 meter! Aktiviti yang boleh dibuat dengan keluarga. Naik menara KLCC! Dah alang-alang ada kat KLCC apa kata kita cuba naik menara itu sendiri. Semasa anak-anak masih kecil ini harga masih murah tau! kalau dah besar dah mahal skit! Boleh pergi sendiri di Sky-Bridge atau Jenjantas di Awan nano, dan naik ke bahagian dek permerhatian untuk melihat seluruh KL dari menara yang tinggi ini! Waktu Operasi Selasa-Ahad 9.00am - 9.00pm (Tutup pada 1.00pm - 2.30pm hari Jumaat) Isnin, Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha Tutup! Website: https://www.petronastwintowers.com.my Harga Tiket ...