Hallstatt Village Satu Perkampungan membelakangkan Gunung!
Salam you guys! Hallstatt Village adalah satu perkampungan yang kita patut lawati sekiranya melawati negara Austria. Sesungguhnya terlampau banyak lokasi yang cantik-cantik di Austria. Tapi jarak-jarak mereka jauh dari satu sama lain. Kalau ada budget yang lebih banyak, boleh lah buat satu pasukan yang terdiri daripada empat orang. Kemudiannya boleh sewa kereta dan melawati semua tempat-tempat cantik di Austria! Bagi kami, ini merupakan pertama kali kami membuat Eastern Europe trip, adalah kekurangan sana sini, namun itu semuanya adalah satu pengajaran dan pengalaman yang sangat berharga! Cara nak beli tiket train murah ke Hallstatt Village! Hallstatt terletak di daerah Salzkammergut. Dikenali sebagai salah satu pengeluar garam suatu ketika dahulu. Kalau pergi kat kedai-kedai memang ada orang jual sabun garam dan garam :D. Apa yang menarik sangat kat sini? Pada pendapat saya adalah view dia..sebab tetiba ada perkampungan yang belakang dia adalah gunung kemudian depan tasik...