4 Destinasi Menarik Di Bandar Hilir Melaka dengan Berjalan Kaki
Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta. Dan saya ingin bercerita tentang kawasan yang kami lawati semasa berada di Bandar Hilir Melaka. Kami telah tinggal di Casa Blanca guest house, namun tempat itu tak ada lah bersih sangat. Toilet dia boleh lah, tapi macam ruangan tamu seperti tidak disapu. Berpasir Ok bagusnya Casa Blanca Guest House adalah lokasinya yang sangat-sangat strategik. Tapi saya masih kena bayar parking untuk setiap hari lol. Dari Casa Blanca Guest House, kami berjalan kaki ke bandar dan bermula lawatan dengan Kota Afomasa! 1) Kota A famosa: A Famosa yang bermaksud (Yang Termasyhur) merupakan sebuah kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 selepas Portugis menakluk Melaka. Kubu ini mengambil masa 5 bulan untuk siap dibina, kebanyakkan bahan binaan diambil dari runtuhan bangunan Masjid dan bangunan lain Kubu ini dibi...