Translate

4 Destinasi Menarik Di Bandar Hilir Melaka dengan Berjalan Kaki



Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta.


Dan saya ingin bercerita tentang kawasan yang kami lawati semasa berada di Bandar Hilir Melaka. Kami telah tinggal di Casa Blanca guest house, namun tempat itu tak ada lah bersih sangat. Toilet dia boleh lah, tapi macam ruangan tamu seperti tidak disapu. Berpasir

Ok bagusnya Casa Blanca Guest House adalah lokasinya yang sangat-sangat strategik. Tapi saya masih kena bayar parking untuk setiap hari lol.

Dari Casa Blanca Guest House, kami berjalan kaki ke bandar dan bermula lawatan dengan Kota Afomasa!

1) Kota A famosa: 

A Famosa yang bermaksud (Yang Termasyhur) merupakan sebuah kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 selepas Portugis menakluk Melaka.

Kubu ini mengambil masa 5 bulan untuk siap dibina, kebanyakkan bahan binaan diambil dari runtuhan bangunan Masjid dan bangunan lain



 Kubu ini dibina atas arahan Alfonso de Albuquerque, akibat tentangan hebat dari orang Melayu.

Kemudian ditawan oleh Belanda. Banyak bahagian di Kota ini telah pun musnah.



Semasa kota ini dikepung oleh Belanda, penduduk yang terperangkap 
kelaparan ada yang terpaksa makan tikus, kucing dan anak sendiri yang telah mati. Sungguh sadis cerita disebalik kota ini.




Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Pelbagai cenderamata dan minuman boleh dibeli
Pintu Kota A Famosa

 Selepas melawat A Famosa, kami turun ke tangga di bawah dan sebelum kami lawat di pintu A Famosa/ pintu Santiago kami singgah di Muzium Istana Kesultanan Melaka yang tak jauh dari cerun tangga turun kubu A Famosa itu.

2) Muzium Istana Kesultanan Melaka




 Sebenarnya niat nak melawati Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini adalah kerana ingin mempelajari tentang susur galur jati diri saya sendiri sebagai seorang Melayu.

Ternyata lawatan saya ke muzium ini tidak mengecewakan langsung. Ini kerana, di Muzium inilah saya dapat tahu bahawa orang Melayu mempunyai senjata ciptaan nya tersendiri pistol (terakul) dan meriam.

Dan lebih mengejutkan Kerajaan Melaka sendiri sudah pun menjalankan hukum hudud seperti potong tangan kepada pencuri....lebih awal. Namun kini hukum hudud dimomokkan seperti zalim.

 Muzium ini dibina berdasarkan reka bentuk asal Istana Melaka yang sebenar semasa kegemilangan negeri Melaka, iaitu pada zaman Sultan Mansur Shah (1456-1477). Muzium ini juga dibina menggunakan teknik pasak dan tanggam tanpa sebarang paku.

teknik tanggam



Dalam muzium ini ada penghawa dingin, dan banyak info, saya tak snap. lebih pada rakam nanti saya kongsikan ya.


Replika taman larangan yang dikatakan kawasan untuk puteri-putera raja bermain

 Harga Tiket:
Dewasa: RM3
Kanak-kanak (7-12 tahun) :RM2
Kanak-kanan bawah 7 tahun: Percuma

Harga Tiket: Bukan Warganegara
Dewasa: RM5
Kanak-kanak (7-12 tahun) :RM2
Kanak-kanan bawah 7 tahun: Percuma

Lokasi: Bukit St Paul, Banda Hilir Melaka. 
Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat

3) Muzium Samudera Melaka

Kompleks Muzium Samudera ini sebenarnya terdiri daripada 3 bahagian.

  1. Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar) 
  2. Muzium Samudera Fasa 2
  3. Muzium TLDM

Ketiga-tiga muzium ini boleh dilawati dengan satu tiket sahaja

Harga Tiket (termasuk dengan Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera Fasa II & Muzium TLOM):

Dewasa, RM 5.00
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 3.00
Kanak-kanak ( bawah 6 tahun): Percuma

Harga Tiket: Bukan Warganegara
Dewasa, RM 10.00
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 6.00
Kanak-kanak ( bawah 6 tahun): Percuma

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis: 9.00 am - 5.00 pm
Jumaat - Ahad: 9.00 am - 9.00 pm

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka. 

Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar) 

Replika kapal Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511; Gambar Internet
Kalau berjalan dekat Bandar Hilir Melaka ini, memang nampak replika ini tersergam indah.

Dari atas kapal anda akan dapat melihat pemandangan indah sungai Melaka. Disini terdapat tiga ruang yang boleh dilawati iaitu pameran utama dalam kapal, bilik peta dan bilik kapten.

Di bahagian dalam, terdapat info tentang wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka. Anda juga akan diperkenalkan kepada sejarah Panglima Awang (Melayu pertama yang mengelilingi dunia)

Bahagian bawah kapal terdapat bilik tahanan.

Selain itu terdapat juga info tentang kedatangan Islam di Melaka mengikut teori mainstream.

kawasan Bilik Kapten
Bilik Peta nampak dari sini

dari atas kapal boleh nampak medan selera Samudera & Muzium TLDM yang berdekatan.


Muzium Samudera (Maritim)

Muzium Maritim mempamerkan berbagai maklumat dan khazanah laut di Malaysia; termasuk barangan, peralatan dan teknologi perkapalan.

Usaha mewujudkan muzium samudera  adalah untuk memperkenalkan teknologi dan kehidupan Maritim kepada orang awam dan menarik minat untuk mempelajari tentang maritim.


Muzium TLDM 

Muzium TLDM yang mempaparkan info tentang Tentera Laut Diraja secara lengkap

Dari koleksi pakaian seragam, perbezaan pangkat, teknik ikatan tali, senjata, kapal, sistem komunikasi dan pelbagai lagi info!












 Saya rasa lawatan ke Muzium ini sangat lah berbaloi. Kalau boleh spend time secara perlahan untuk hadam info-info di dalam muzium adalah lebih baik :D!

Flor de La Mar sebenar telah pun karam di Lautan Selat Melaka semasa hendak menuju ke Lisbon. Pihak portugis telah pun mencuri harta kerajaan Melaka dianggarkan sebanyak RM6.2 billion. Selain emas mereka turut mencuri manuskrip yang dihasilkan di negeri Melaka. Namun sekiranya kita ingin meneruskan usaha mencari ada beberapa masalah dari segi undang-undang dan juga kos pencari yang amat lah mahal. Siapa yang jumpa memang untung :D

4) Menara Jam Tan Beng Swee

Okay,

Kita selalu nampak jam ini dekat bandar Melaka, tapi tahukan kita sejarah sebenar disebalik jam besar ini?

Sebenarnya Jam ini dibina oleh hartawan/jutawan Singapura; Tan Jiak Kim pada tahun 1886 bagi memenuhi impian ayahnya; Tan Beng Swee dan mengenang jasa ayahnya yang merupakan seorang dermawan di Melaka.

Walaupun nampak reka bentuk binaan ini seperti British / Portugis style, tapi langsung tidak sama sekali. Ini adalah buatan asia :D

Jam ini berfungsi dari segi memaklumkan waktu.

Walaupun terdapat kontroversi di mana jam itu sendiri ditukar kepada model Seiko;Jepun yang mendatangkan kemarahan dari orang setempat terutama yang tua yang terkesan dengan kekejaman Jepun keatas tanah ini.





Tak jauh dari sini ada kedai cendol famous! boleh tengok review kami di sini
























Comments

Popular posts from this blog

Berkhemah di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson

Percutian 12 hari 6 Negara Timur Eropah Kos RM 4363.03

Kolam Air Panas Jasin Melaka | Jasin Hot Spring RM10 jer!

Labels

astronomical clock1 atartuk airport1 austria4 backpacker hostel2 bas vienna to budapest1 bastion1 bazar1 BBQ di Pantai Tanjung Biru1 beacon inn1 beacon inn capsule hotel1 benteng1 Berkhemah Di Pantai Tanjung Biru1 berlin16 berlin schonefeld airport1 berlin 3 days 1 night hostel1 berlin airport1 berlin amerika checkpoint1 berlin attractions4 berlin bradenburg gate1 berlin cathedral1 berlin charlie checkpoint1 berlin cheap + clean hostel1 berlin checkpoint1 berlin city hall1 berlin east side gallery1 berlin germany1 berlin hostel1 berlin itinerary1 berlin jews city1 berlin jews memorial1 berlin memorial wall1 berlin monuments1 berlin mosque1 berlin museum island1 berlin old city hall1 berlin parliament1 berlin St. Nicholas Church1 berlin tegel airport1 berlin tegel airport bus1 berlin tegel airport scoot1 berlin tegel airport transport1 berlin topography of terror1 berlin wall2 berlin wall east side gallery1 berlin wall must visit1 berlin world war 21 blue mosque1 bosnia11 bosphorus tour1 Bradenburg gate berlin1 buda castle1 budapest10 budapest airport2 budapest castle hill1 budapest hungary3 budapest liszt ferenc international airport1 bundle1 bus at schonefeld airport1 bus prague1 bus prague to vienna2 caravan saray1 casa blanca guest house1 castle1 chain bridge budapest1 cheap hostel berlin1 cheap prague1 cheap train to hallstatt1 church1 church of our lady before tyin1 church sarajevo1 city park1 city park budapest1 clean capsule hotel1 cloth1 craft1 czech1 czech republic4 danga bay1 danga bay park1 denai alam1 dinasti1 eastern europe1 eropah8 europe trip4 eyub mosque1 fisherman's bastion1 flight eastern europe1 flight europe1 flixbus1 flixbux schonefeld airport1 flor de lamar1 food1 fort1 free hotel1 free tour1 free tour sarajevo1 galata tower1 gereja1 gereja sarajevo1 germany16 Germany parliament1 guest house reviews1 halal1 halal budapest1 halal food1 halal food at berlin wall1 halal food at checkpoint charlie1 halal food berlin1 halal food budapest1 halal food europe1 halal food sarajevo1 halal vieanna1 hallstatt1 hallstatt from vienna1 hallstatt village1 hallstatt village austria1 halltstat1 hanchi hostel1 heroes' square1 holocaust berlin1 holocaust yahudi1 homestay murah di melaka bawah rm1001 horse riding1 hostel1 hostel bosnia1 hostel in berlin1 Hostel O'Berlin1 hostel review2 hostelreview1 hot spring1 hotel1 hotel budget melaka1 hotel murah di bandar hilir melaka1 how to travel cheap to hallstatt1 hungary9 hungrary1 hyderabad3 india3 inn1 istana bukit serene1 istana johor1 istana johor di bukit serene1 istanbul9 istanbul airport1 istanbul cruise1 istanbul mosque1 istanbul turki1 istiklal1 itinerary7 itinerary berlin1 itinerary budapest1 itinerary eropah2 itinerary johor1 itinerary johor melaka1 itinerary kl1 itinerary melaka1 itinerary prague1 itinerary sarajevo1 itinerary selatan1 jalan johor3 jalan melaka4 jalan selatan7 jalan-jalan melaka5 jasin1 jasin hot spring1 jeddah1 johor capsule hotel1 kapal portugis1 kl2 kl itinerary1 klcc1 Kolam Air Panas Jasin Melaka1 kos percutian timur eropah1 kuala lumpur itinerary1 kubu1 kubur ahmad ammar1 kuda1 laman istana bukit serene1 lapangan terbang1 lapangan terbang budapest1 lawat berlin wall1 learn malay language1 learn malaysia language1 low cost airline2 makanan halal austria1 makanan halal vienna1 makanan istanbul1 malay phrases1 malay words1 malaysia5 markthalle neun1 masjid6 masjid ayub1 masjid biru1 masjid bosnia1 masjid budapest1 masjid di istanbul1 masjid hungary1 masjid sarajevo1 masjid selat melaka1 masjid turki2 matthias church budapest1 maverick hostel1 meetbosnia1 meetbosniatour1 melaka1 melaka guest house1 memorial of murdered jews berlin1 mosque3 mosque in berlin1 municipal house1 museum3 museum of agriculture hungary1 muzium2 muzium flor de lamar1 muzium kapal selam melaka1 muzium melaka1 muzium samudera1 muzium tldm1 national gallery prague1 nizam1 nuruosmaniye mosque1 old orthodox church1 old red tram1 old town prague1 omar ibn al-khattab mosque1 omar moschee1 one day in prague1 padang pasir pantai klebang1 pantai klebang pasir1 Pantai Tanjung Biru1 Pantai Tanjung Biru Camping1 Pantai Tanjung Biru Tenang dan Lawa1 parlimen jerman1 pasar di berlin1 pasir melaka1 pasir pantai klebang1 pembunuhan yahudi1 penginapan di melaka1 Percutian timur eropah6 Perkhemahan pertama di Pantai Tanjung Biru1 pigeon square bosnia1 pigeon square hostel bosnia1 powder tower1 prague4 prague castle1 prague itinerary1 prague ke vienna1 pulau perhentian1 pulau perhentian april 20181 pulau perhentian mesti lawat1 pulau perhentian story1 pulau perhentian trip1 quadriga1 recreational park1 regiojet prague2 reistag buidling germany1 reistag building berlin1 restoran turkis1 saint nicholas church1 sajevo international airport1 salt mine hallstatt1 sarajevo10 saudi airline1 schonefeld airport1 scoot flight1 scoot flight air asia1 scoot flight macam air asia1 scoot flight murah1 scoot flight review1 seafood istanbul1 seafood turki1 sebilj1 selangor1 shah alam1 shopping2 skudai river1 skywalk hallstatt1 solat di masjid selat melaka1 soviet war memorial1 soviet war memorial berlin1 soviet war memorial tiergarden berlin1 square2 stall turkis1 star kebab restaurant1 Széchenyi Chain Bridge1 taksim square1 taman merdeka johor1 taman rekreasi1 taxi airport1 tidur johor1 tidur mana best johor?1 timur eropah8 traditional1 train to hallstatt1 tram1 tunnel tram1 turki13 turkis halal1 turkis kebab1 turkish airline1 UAN Florenc1 UAN Florenc bus1 UAN Florenc bus station1 UAN Florenc regiojet1 vajdahunyad castle1 vieanna hallstatt1 vienna2 vienna to budapest1 visit malaysia1 visit malaysia 20201 vratnik1 winter1 wizzair1 yahudi1 yahudi berlin1 yahudi berlin eropah1 yahudi eropah1 yellow bastion1 zoo1
Show more